Perniagaan yang dijalankan secara AUTOPILOT tu apa?

Bismillah

perniagaan mudah
Klik untuk besarkan gambar. Kredit gambar : steamonlinemarketing

Belajar ilmu ni umpama kita belajar bisnes internet atau perniagaan online dengan lebih advance. Ramai orang tahu nak jalankan bisnes online. Tapi tak semua peniaga tahu apa yang menjadikan bisnes ini menjadi begitu mudah dan income dapat lebih dari biasa-biasa..



Bisnes internet boleh dijalankan secara autopilot. Tak perlu berhenti kerja pun..

Apa itu autopilot?

Contoh : Dron. 
Dron terbang tanpa pemandu. Kita setting, program kan dia dan dia boleh terbang sendiri. Buat apa yang dia nak buat. Ambil gambar dari udara ke, bawak bom ke.. Ada juga cara yang kita kawal dari jauh je macam main kapal terbang remote control. Analoginya macam tu lah dengan autopilot (sebab nama autopilot teringat dron.. huhu..)

  • Perniagaan jalan sendiri.
  • Pembayaran jalan sendiri.
  • Up status jalan sendiri.
  • Promosi jalan sendiri.
  • Urusan lain-lain yang berkaitan jalan sendiri.

Kita berdengkur kat rumah, tau tau duit dah masuk tapi bukan sendiri lah. Customer masukkan lah...
Saya buat juga untuk bisnes MLM walau tak semua di autopilotkan..

Autopilot boleh dijalankan dari mula hingga ke proses pembayaran. Ada yang perlukan kos seperti membeli software atau mengupah orang lain membuatnya untuk kita. Ada juga yang percuma. Jom kita huraikan satu persatu

Menulis buku dan Copywriting
Samada anda nak menulis apa je seperti ebook atau menulis buku, mencari maklumat berkenaan tajuk yang nak dibuat hingga ke ayat jualan - copywriting serta promosi, upah je orang yang berkemahiran dan membuat servis tu. Kerja ini saya sifatkan juga autopilot.

Web dan Blog - SEO
Anda sediakan web atau blog. Lebih baik lagi jika anda settingkan skrip untuk SEO - Search Engine Optimization, untuk membolehkan web atau blog anda berada pada muka hadapan carian google atau mendapat rank yang lebih baik. Web ini umpama anda ada ejen jualan yang bekerja 24 jam tanpa henti memberi khidmat buat anda walau anda sedang tidur.
*web atau blog yang tidak dijumpai oleh pengguna internet adalah sangat merugikan.

Facebook  |  Twitter  | Dan lain-lain laman sosial.
Samada status profil, page atau grup anda boleh auto update. Tapi anda kena tulis lah siap-siap apa yang anda nak tulis dan rancangkan dari tarikh dan masa untuk kemaskini status. Ada software dan web yang menyediakan servis ni secara online. Yang ni susah nak dapat free. Kalau ada hanya untuk percubaan beberapa status sahaja.

opt-in popups

FB like
Nak dapatkan targeted audience adalah mengumpulkan seberapa banyak 'Like'. Ada software percuma dan ada software berbayar. Ada yang robot, ada yang memang cari prospek sasaran. Yang paling bernilai adalah jika dapat kumpul targeted audience. Software percuma ni biasalah ada banyak kekurangannya. Susah nak cari software percuma yang menyamai keberkesanan dari yang berbayar.

Menggunakan software ni anda akan dapat like tanpa perlu anda susah-susah mendapatkannya.

cara dan fungsi affiliate
Kredit gambar : incomecashcredit

Affiliate (owner dan ejen)
Program affiliate boleh juga disamakan dengan anda mendapatkan ejen jualan yang bila jualan terhasil anda akan memberikan ejen yang menghasilkan jualan tersebut dengan komisen yang anda telah tetapkan. Bezanya ejen ini kerjanya dijalankan di internet. 

Setelah laman web siap dan skrip affiliate ini anda pasang, anda boleh bantu ejen anda juga dengan menyediakan bahan-bahan promosi. Membantu menyediakan bahan-bahan promosi adalah sebagai semangat dan memudahkan ejen menjalankan kerja mereka. Segala kerja yang anda telah siapkan akan dijalankan pula oleh ejen affiliate anda. 

Bagaimana ia boleh berlaku? 

Ejen yang mendaftar dilaman web anda secara percuma itu dengan sendiri akan ada sebuah web replika yang sama dengan web anda yang asal. Bezanya mereka akan dapat link sendiri yang diperolehi setelah mendaftar di web anda. Kemudian mereka promosikan link tersebut. Bila ada pelanggan yang membeli menerusi link affiliatenya maka anda akan membayar mereka komisen yang telah ditetapkan. 

Bagi saya, inilah kerja autopilot terbesar dimana di dalamnya anda boleh siapkan sistem autopilot yang lain yang anda telah set. Gambaran sebenar yang saya sifatkan program affiliate ini autopilot adalah kerana segala kerja promosi sudah ada orang lain yang jalankan buat anda. Anda relax je, tahu-tahu je income anda sudah bertambah di akaun bank anda.

Nota : Ada juga ejen syarikat atau syarikat bisnes MLM - Multi Level Marketing yang memanipulasikan sistem ini untuk tambah jualan dan ahli. Sistem affiliate yang mereka guna adalah seperti sistem affiliate 2 tier(level) atau 3 tier MLA (Multi Level Affiliate) atau ke atas.

Mana-mana program affiliate yang memerlukan pembayaran perlu lebih berhati-hati. Mungkin ia SCAM. Ada juga yang menggunakan sistem ini untuk memburu individu (head hunting) bukan produk. Tepuk dada tanya iman....

Promosi
Boleh upah secara peibadi seseorang dari segi penyediaan grafik seperti banner kemudian dipromosikan atau buat program affiliate seperti di atas. Maka promosi anda akan dijalankan oleh orang lain.

pemasaran emel

Autoresponder (E-mail Marketing)
Nama pun dah auto. Kebanyakkan IM - Internet Marketer akan menggunakan sistem ini. Ini jugalah sistem rata-rata IM akan mengatakan dia autopilot utama selain sistem affiliate. Seperti di atas autoresponder juga boleh dikatakan alat promosi. Cuma ia melalui kiriman e-mel. Seberapa ramai prospek atau pelanggan anda, mesej anda itu akan dihantar dengan satu klik sahaja. Sistem ini kita mengumpul e-mel dan tersimpan dalam database kita. Ada berbayar dan boleh didapati yang percuma.

Biasalah kalau anda ambil yang percuma ni biasanya ia terhad untuk program atau jumlah subscriber sahaja. Ada juga mereka meletakkan iklan yang boleh merimaskan pembaca setiap kali menghantar mesej. Jadi cari yang berbayar. Biasanya yang berbayar ni e-mel anda tidak akan masuk ke kotak SPAM.

Anda buat mesej dan set kan tarikh atau masa yang mana anda kehendaki. Sistem akan mengikut arahan anda dan menghantar e-mel pada masa yang anda tetapkan.

Seperti gambar di atas. Saya juga memliki database saya sendiri. Mulanya saya belajar dengan subscribe yang percuma. Bila dah yakin baru saya beli. Memang berbaloi!

SMS Blaster
Saya dah lama tak gunakan SMS blaster ni. Satu lagi ia mungkin masih mahal servis yang dijalankan dan adakah ia relevan bagi pengguna biasa kerana sekarang ramai orang guna aplikasi sosial je untuk menghantar mesej.

SMS blaster sama jugalah macam autoresponder. Beza ketara mereka ni autoresponder guna e-mel, SMS blaster guna SMS dan menyimpan maklumat pelanggan ke database kita.

Revell malaysia
Contoh sistem dropship untuk produk CMD

Dropship
Droship adalah suatu proses dimana belian berlaku melalui 3 penjuru. Kita daftar di web syarikat dropship dan promosi produk -- Pelanggan order kat kita dan kita hubungi syarikat dropship tersebut samada melalui telefon atau web @ e-mel yang kita telah programkan dan membuat bayaran pula kepada syarikat dropship -- Syarikat dropship menerima pesanan anda kemudian menghantar produk yang kita pesan untuk dihantar kepada customer kita.

Kelebihan dropship adalah kita tidak perlu meyimpan stok. Kita daftar di syarikat yang menjalankan perniagaan jenis dropship ni (biasanya ada yuran pendaftaran). Kita cari lah syarikat dropship yang dipercayai dan menjual produk terhangat dipasaran, jadi ahli dan kita promosi. Di sini kita sudah jadi semi-autopilot sebab kita yang kena buat kerja promosi. Hal penghantaran dan penerimaan bayaran itu tugas syarikat dropship tersebut.

Pembayaran
Pembayaran boleh di autopilot-kan. Acaner tu?

Cara biasa kita buat bukan ke selalunya manual. Pelanggan membeli. Ada pelanggan yang kesabarannya kurang akan kejutkan kita suruh tengok e-mel atau whatsapp walau jam menunjukkan kul 3 pagi. Lepas tu kalau kita terjaga dari tidur jam 3 pagi tu, gosok-gosok mata dan kita tengok kat akaun kita. Kompom-kan duit tu dah masuk baru kita kirim produk. Betul tak? Naseb baik pelanggan-pelanggan saya tak pernahlah buat macam tu. Huhu..

Ok, ada dua cara pembayaran yang dapat di-autopilot-kan.

  1. Menggunakan proses pembayaran secara kad kredit atau debit. Saya dah bertahun-tahun guna PayPal. Pendaftaran percuma. Cuma bila ada pembayaran pelanggan, pihak PayPal akan caj dalam 3-4 peratus dari nilai jualan. Kalau kita jual produk digital seperti e-book, paypal boleh memberikan link download kepada pelanggan anda tanpa anda mengetahuinya melainkan jika anda periksa akaun paypal atau e-mel, atau akaun bank anda.
  2. Pembayaran pelbagai cara. Bagi pelanggan yang nak bayar melalui bank-in atau pelanggan yang nak guna kad kredit atau debit. Dalam kepala saya terlintas Netbulider.com.my. Syarikat pemproses pembayaran ni nak daftar ada yuran yang dikenakan. Tapi bila anda melanggan, anda sudah tidak perlu fikirkan cara manual lagi.
So, check balance dan keluarkan duit je tak boleh autopilot. Bahaya!! Hehe..

Seperti dalam gambar yang teratas tu, mungkin ada beberapa lagi kaedah pemasaran yang dapat di-autopilot-kan yang saya mungkin tak perasan bagi dituliskan. huhu.. Lagi dah penat nak taip lagi nih.. hehe.. Kira ok lah tu ye.. Sempurna jugak.. Kann..?

**Jika segalanya nak di autopilotkan dari A-Z anda hanya perlukan duit yang banyak dan diupah kepada orang yang sepatutnya yang boleh dipercayai. Jika anda ada pekerja, pekerja anda boleh diamanahkan untuk buat bisnes ni untuk syarikat anda.

Itu je lah.. Penat nak tulis lagik hehe..

Adios!

Nak belajar bisnes online? >> KLIK DI SINI

PEMASARAN MOHOR D'NAGA!!?

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu..

Nak tahu?
KLIK DI SINI

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...