Lekas! Kejutkan GERGASI!!

Bismillah

Raksasa

Kalau lihat cerita omputih memang la nampak sangat dongengnya.. Tapi sekarang kita nak menggambarkan ada suatu kuasa besar yang Allah dah kurniakan buat kita semua sebenarnya ada dalam diri kita.


Ia adalah kehebatan diri kita, bakat dan kemampuan kita yang sebenar. Ia ada dalam diri setiap orang samada kita sedar atau tidak. Dia umpama gergasi yang sedang nyenyak tidur, jika dikejut ia akan mengamuk.

Sebenarnya kita semua ada kelebihan bakat serta kemampuan. Tetapi kita tak mampu keluarkan kerana kita tidak berilmu dan berusaha. Jika kita tahu teknik nak kejutkan GERGASI diri kita apa sahaja yang kita lakukan akan berjaya hingga ramai orang terasa gegarannya.

Modal utama untuk berjaya dan kaya, kita sendiri kena keluarkan modal bagi menuntut ilmu. Itu bukan wang hangus, tetapi itu adalah jenis pelaburan. Tidak ada yang PERCUMA sebenarnya. Memang sukar kalau nak cari betul-betul percuma melainkan ada sesuatu yang mereka harapkan. Allah sahaja yang sebenar-benar pemberi percuma itu.

Sehingga sekarang saya masih belajar. Tidak ada titik berhenti bagi orang yang mahu menuntut ilmu ni. Ilmu ni sangatlah luas. Jika sepuluh tahun lalu kita belajar berkenaan pemasaran, tetapi hari ini mungkin hanya beberapa jenis perniagaan sahaja yang masih relevan dengan kaedah pemasaran cara lama diamalkan masa kini.

So, tuntut ilmu samada mendengar, menonton, membaca tak kiralah apa pun, dapatkanlah ilmu tersebut...

Adios!

PEMASARAN MOHOR D'NAGA!!?

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu..

Nak tahu?
KLIK DI SINI

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...