Isnin, 13 Mei 2013

GUSMA - Gabungan Usahawan SOHO Malaysia

Salam,


Saya akan memulakan semula halaman GUSMA. Berikut di bawah adalah keterangan bagi GUSMA.

GUSMA
Gabungan Usahawan SOHO Malaysia adalah halaman kumpulan yang saya cipta/tubuhkan iaitu saya sebagai admin di sini di laman sosial Facebook. <-- Klik di sini.

SOHO - Small Office Home Office
'Small Office Home Office' itu adalah maksud dari perkataan SOHO. Ia membawa maksud usahawan kecil yang mengusahakan perniagaan di rumah atau bermula dari rumah.

Tujuan
Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat, ilmu, kisah, pengalaman dan lain-lain; juga terbuka kepada mereka yang sudah/pernah mempunyai bisnes SOHO samada secara Offline atau Online dari mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan. Digalakkan juga buat mereka yang belum lagi memulakan bisnes tetapi berkeinginan membina bisnes seperti ini.

Kebenaran Promosi dan Iklan Berhemah
Pihak admin tidak membenarkan iklan secara spamming atau hard selling. Buat masa ini admin hanya akan memberikan kelonggaran untuk ahlinya membuat promosi iklan hanya pada setiap hari Ahad sahaja. Itu pun pihak admin berhak memadam status/iklan dari ahli. 

Pihak admin tidak membenarkan langsung bisnes seperti SCAMSkim Cepat Kaya dan perkara-perkara yang seumpama dengannya. Sila buat laporan kepada admin jika admin tidak perasan perkara itu untuk admin padam status dan pihak admin berhak melucutkan keahlian mereka yang tidak beretika. 

Pihak admin akan menerima tempahan meletakkan banner header jika ahli sudah mencapai 2000-3000 orang ke atas. Ini akan membuatkan iklan ahli lebih efektif. Pihak admin tidak mahu menerima banner header tetapi kemudian pengiklan akan berasa kecewa.

Apakah Hard Selling dan Soft Selling
Buatlah Soft Selling jangan Hard Selling. 

Soft Selling - Lebih membawa maksud pengiklanan jenama samada diri atau bisnes menerusi keaktifan ahli berkongsi di halaman ini. Ia lebih baik untuk jangkamasa panjang. Jika ahli aktif memberikan komentar atau berkongsi status, serta mempunyai perwatakan yang baik secara tak langsung, diminda orang lain akan melekat dengan diri/bisnes ahli tersebut. Contohnya pasti akan ada dikalangan ahli ingin lebih mengenali anda yang aktif ini dengan ingin mengambil tahu akan bisnes anda. Kalau pun mereka bukan pelanggan tapi mereka berpotensi untuk membuat rekomen kepada orang lain. 

Hard Selling - Ramai yang akan berasa kurang selesa dengan cara ini sebenarnya kerana tidak semua orang minat atau perlukan produk/servis dari ahli yang selalu membuat hard selling. Hard selling adalah promosi jangka masa pendek iaitu promosi atau pengiklanan secara terus. Kebanyakkan mereka menjalin rakan bukan kerana ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan seumpamanya, tetapi hanya semata-mata mempromosi produk mereka sahaja. Atas sebab itu admin tidak membenarkan ahli membuat hard selling. Admin berhak memadam iklan mereka.

Apa itu SCAM dan SPAM?
Scam adalah penipuan di internet. Manakala spam adalah menawarkan, promosi atau iklan sesuatu perkara tanpa kebenaran atau perbuatan promosi tidak beretika. 

Dahulu SPAM ini banyak dilakukan di e-mel dengan mengirimkan iklan yang pemilik e-mel sendiri tidak ketahui/tidak mengenali pengirim tersebut. Kini ia juga dilakukan dilaman-laman sosial seperti facebook. Caranya adalah dengan mengirimkan iklan terus ke wall pemilik, membuat hard selling di laman kumpulan tanpa kebenaran, memasukkan iklan/link dari komentar yang tiada kaitan langsung dari tajuk perbincangan komentar atau status. Spamming ini juga pihak admin berhak untuk padam.

Etika Ahli
Ahli perlu memahami garis panduan di atas. Pihak admin berhak mengeluarkan ahli yang tidak mematuhi garis panduan dan tidak beretika. Ahli perlu menjaga berkaitan bahasa, sentimen diri ahli lain, agama, adat, bangsa dan lain yang berkenaan agar tidak mencetuskan perbalahan sesama ahli. Tujuan admin menubuhkan kumpulan ini adalah untuk kita mengenali, bergembira dan dapat berkongsi ilmu atau pengalaman ahli di sini. Admin langsung tidak berniat mahu menyulitkan lagi keadaan atau menyusahkan kerana garis panduan di atas sebenarnya adalah mudah dan bertujuan baik. 

Semoga kita lebih mengenali, bergembira selain dapat berbisnes dengan lebih beretika di sini.

Setakat itu sahaja dahulu untuk tatapan blog ini. Adios!

Jumaat, 3 Mei 2013

Orang Kaya Dunia 2013

Salam buat rakan-rakan di hari Jumaat yang penuh berkah ni.

Hari tu saya jenguk ke Forbes dan dapatkan maklumat serta ranking manusia terkaya di dunia tahun 2013. Sudah lama saya tak tinjau-tinjau perkembangan dunia manusia-manusia yang banyak duit ni. Setahu saya lama dah si Bill Gates tu berada di takhta manusia terkaya di dunia. Kemudian buat beberapa ketika beliau di dahului pula oleh Warren Buffet. Tapi kali ni Bill Gates bukan lagi berada di takhta liga orang paling kaya tetapi ia datang dari Carlos Slim Helu.. Ntah la.. tak pernah ingat nama dia ni, tapi tiba-tiba naik ranking nombor satu terkaya dunia 2013. Saya sempat ambil hingga ke ranking ke-22 dunia.. Orang Malaysia ada ke dalam senarai Top 20 ni? Belum lagi.. Agak-agaknya bila? Siapa? Adakah saya? Aminnn.. hehe.. 




Tapi saya nak juga tahu siapa manusia terkaya di Malaysia dan berapa ranking beliau dalam dunia... Saya tak salah jangkaan, ia masih tetap milik Tan Sri Robert Kuok. Nampaknya Tan Sri Ananda Krishnan belum dapat lagi mengatasi lelaki keturunan Cina berusia 89 tahun ini.

Orang melayu paling kaya di Malaysia kini berada di ranking ke-7 masih lagi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Manakala pemilik kelab bola sepak Inggeris Cardiff City yang sudah naik ke Premier League iaitu Tan Sri Vincent Tan berada di tangga ke-9 orang terkaya di Malaysia dan ke 1107 dunia. Kira ok la, kalau di kumpulkan 2000 orang-orang terkaya dunia pada satu majlis ada jugala wakil dari Malaysia ye tak?



Tak lupa juga kepada jiran serumpun dengan kita iaitu orang-orang terkaya di Indonesia...


Saya kumpulkan mereka ini di sini bukan kerana taksubnya saya pada orang-orang kaya ni. Cuma sekali-sekala untuk menaikkan motivasi diri sahaja. Mungkin cara anda berbeza. Yang penting hari ini dan hari selanjutnya kita bersemangat!

Ok, kita jumpa lagi! Adios...

Kredit untuk majalah Forbes...

Selasa, 23 April 2013

Jana Pendapatan Online tanpa Auto-Responder?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

List Wire - Get Your Free Autoresponder

Saya mengakui jika anda mahu menjalankan bisnes online, alat terpenting usahawan internet adalah dengan menggunakan autoresponder. Jika anda masih baru dalam dunia perniagaan online, terdapat saluran autoresponder yang boleh digunakan secara percuma percubaan atau percuma secara total.

Autoresponder berbayar terbaik pilihan saya adalah Aweber dan Getresponse. Manakala yang termurah tetapi ada kualiti seperti Norabots. Biasanya yuran penggunaan akan perlu dibayar setiap bulan. Yang percuma percubaan(trial) anda boleh dapatkan di Getresponse. Manakala yang percuma secara total saya cadangkan anda boleh gunakan Listwire. Biasalah nama pun percuma, kadang-kadang bukannya tak bagus servis dia tetapi ada pula diselitkan iklan dan ada juga autoresponder percuma yang sangat terhad untuk subscriber. Jadi, kalau anda yang masih baru dan nak belajar, boleh je guna dulu yang percuma. Bila dah benar-benar sedia barulah gunakan yang berbayar. Jadi subscriber anda akan lebih berasa yakin kepada bisnes anda.

Tapi bolehkah saya buat bisnes online tanpa autoresponder? Siapa kata tak boleh? Boleh je. Tapi saya nyatakan sekali lagi adalah lebih baik jika anda gunakan satu sistem autoresponder.

Sebenarnya buat masa ini saya juga belum berkesempatan menggunakan autoresponder. Eh, tak pernah guna? Bukan tak pernah guna, saya pernah gunakan Getresponse dan Norabots. Manakala yang percuma saya pernah gunakan Listwire. Cuma buat masa dalam kesibukan ini saya tak sempat lagi nak gunakan dan saya dah stop buat sementara. Mungkin suatu hari saya akan mulakannya semula bila saya memutuskan untuk besarkan bisnes ini dan ada orang yang akan menguruskan bagi pihak saya.

Berbalik kepada persoalan tadi, bolehkah saya buat bisnes tanpa autoresponder. Bagi saya, tepuk dada tanya autoresponder.. hehehe.. Boleh, mungkin anda juga seperti saya atau mungkin tak berapa nak konsisten untuk uruskannya atau ada sebab-sebab lain yang membataskan waktu anda, anda boleh sahaja abaikannya. Tapi apabila anda berniaga yang pasti adalah hasil bisnes anda betul tak? Jika anda tak dapat gunakan autoresponder atas alasan beberapa sebab seperti di atas, yang penting anda perlukan konsistensi dalam urusan online anda. Misalnya anda memang minat bersembang, kongsi cerita, kongsi ilmu di forum, blog atau laman sosial seperti facebook, anda perlu untuk konsisten melakukannya.

Jenis bisnes yang lebih sesuai dan kalau boleh mesti ada autoresponder adalah seperti mereka yang ingin jalankan bisnes berbentuk produk maya digital (contoh : ebook) atau bagi mereka yang mengambil komisen seperti sistem affiliate. Manakala jenis bisnes produk fizikal atau perkhidmatan/servis - baiknya jika ada autoresponder atau konsistensi dalam menjaga pergaulan dan jenama di laman-laman sosial, forum atau aktif berblog.

Saya membuat analisa dan percubaan ketika saya (1)ada autoresponder, (2)tanpa autoresponder tapi rajin dan konsisten dan (3)biarkan selama beberapa bulan tanpa konsistensi dalam pergaulan atau perkongsian di blog, facebook dan forum. Memang terdapat banyak perbezaan serta perubahannya. Urusan yang pertama dan ke-dua sangat berhasil mendatangkan pelanggan. Tetapi analisa untuk urusan ketiga - SAKIT untuk mendapatkan pelanggan. Ini kerana jika anda tidak berapa aktif, anda tidak akan dapat mengekalkan jenama, keyakinan dan kepercayaan samada rakan atau bakal pelanggan. Untuk ilmu dan pengalaman ini saya berkorban kerana nak buat analisis untuk pengetahuan anda.

Jadi jika nak buat bisnes internet tanpa autoresponder, BOLEH, tapi perlu rajin kongsi ilmu anda dan konsisten sebagai jenama diri/bisnes anda melekat diminda orang ramai yang berkemungkinan akan jadi pelanggan anda.

Jadilah 'budak baik' ketika berblogging, berkongsi di laman sosial atau berforum. Jaga etika dan jangan suka nak buat SPAMMING nanti akan buat orang tak suka, meluat, menyampah dan seterusnya menggagalkan anda untuk jadi peniaga online untuk jangkamasa panjang.

Sehingga jumpa lagi.. Adios!

Isnin, 15 April 2013

Ciri Seorang Usahawan

Bismillah dan salam sejahtera,

Apa khabar? Semoga hari baru akan menjadikan kita lebih bersemangat. Bagi saya, masih lagi ada batuk-batuk. Hari ni saya mula lambat kerana makan ubat batuk dan terlena pagi tadi.


Saya biasa dengar keluhan dari peniaga-peniaga baru berkenaan hasil perniagaan yang tidak begitu menjadi. Terdapat banyak ciri-ciri seorang usahawan yang perlu ada bagi seorang usahawan dan saya pernah bercakap berkenaan dengannya dalam blog ini dulu. Tapi tak mengapa saya nak refresh balik perkara-perkara tersebut. Bagi seorang manusia biasa, kita tidak terlepas dengan melakukan kesilapan walaupun kita dah belajar bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan tersebut. Jadi tidak menjadi hal jika kita perlu ulang dan ulang perkara yang sama.

Berniaga umpama kita berlari maraton. Buat persediaan dari segi kecergasan, nafas serta stamina. Kita tidak boleh berhenti dan menarik diri sebelum sampai ke garis akhir perlumbaan. Sama dengan matlamat. Susun perancangan agar kita buat sehingga habis fasa pertama dalam perancangan perniagaan kita.

Jom kita lihat senarai dan semak semula mana-mana perkara yang kita tertinggal yang menyebabkan kita kurang berjaya. Antara ciri-ciri seorang usahawan adalah :
  1. Berjaya memilih niche perniagaan yang kita minat. Contoh adalah dengan menjual pakaian. Untuk lebih niche mungkin kita boleh tumpukan untuk pakaian bayi.
  2. Membuat perancangan
  3. Tiada perasaan malu atau segan
  4. Berani
  5. Kuat berusaha
  6. Bersemangat setiap hari. Mulakan setiap hari dengan semangat yang baru.
  7. Bijak. Antaranya memanfaatkan peluang yang ada, mencari peluang, mengatur perancangan, membina peluang.
  8. Konsisten. Konsisten dalam memperkenalkan jenama dirinya dan konsisten dalam mengekalkan aturan kerja dan lain.lain. Pentingnya konsisten dengan jenama diri adalah supaya membuatkan orang sentiasa ingat akan kita dan niche bisnes yang kita bawakan.
  9. Bersifat mesra pelanggan.
  10. Sabar. Sabar dalam menghadapi karenah pelanggan. Sabar dalam menjalankan usaha serta hasil.


Itulah antara ciri usahawan yang perlu ada. Cuba periksa dari senarai tu kot ada yang kita tidak ada mahupun yang kita tidak buat jadi kenalah buat agar kita mendapat jalan keuntungan yang lebih baik. 

Adios!

Isnin, 8 April 2013

Jauhkan sifat Ego dan Berburuk Sangka


Bismillah dan salam sejahtera sebagai pembuka hari.. - bekerja...

Saya mempunyai seorang adik yang minat berniaga secara online. Blogshop-blogshop beliau sebelum ni semuanya saya yang buatkan. Tetapi kali ini dia kata dia nak cuba pula upah orang lain buat blog untuk beliau. Katanya designer blog tersebut ada keunikan tersendiri yang mempunyai ciri-ciri yang adik saya tu suka. Designer ni seorang wanita, kira-kira muda lagi la. 

Saya pun bukak layar kapal dan berlayar ke blog designer ni. Saya lihat, perhatikan dan membuat penilaian, nampaknya dia ni seorang yang tegas. Jika dilihat dari terma dan syarat memang detail, cakap omputih lagi. Saya tak kisahlah adik saya nak cuba beralih angin pula. Saya positif je sebab saya tahu setiap orang ada keunikan yang tersendiri dan kelebihan tersendiri yang memenuhi selera pelbagai minat orang ramai.

Tapi selepas beberapa bulan, adik saya mengadu kepada saya yang beliau kurang senang atau selesa dengan designer ni sebab cuba serkap jarang mengatakan yang desain yang dia buatkan itu telah tidak menepati hak cipta yang disyaratkan. Adik saya ni menafikan dan memang tak pernah buat pun... Lepas tu dia kata, dia saje je tanya.. (itu macam ka?)

Adik saya juga berasa kurang senang dengan sikapnya yang tidak mesra pelanggan. Tidak mengamalkan 'Customer Is Right'. Tutur kata yang dikeluarkan tidak seperti seorang peniaga yang mahukan kejayaan berterusan.  Yang saya rasa tak syok tu apabila adik saya hanya cakap dengan dia dengan lembut serta sopan je. Tapi gayanya seperti berlagak. Mungkin sebab sentiasa ada pelanggan yang tidak putus-putus buat masa sekarang ni.

Nasihat saya, rezeki itu di tangan Allah SWT. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik rezeki kita. Dalam masalah ini apa yang menjadikannya sebagai pengajaran adalah sikap seorang peniaga. Adik saya dah pasti tidak akan rekomen lagi pada orang lain. Mengikut kes ini, bolehla saya senaraikan sedikit di bawah.
  • Jangan bersikap ego.
  • Jangan bercakap atau bersifat kasar kepada pelanggan.
  • Jangan berburuk sangka kepada pelanggan.
  • Bila berjanji buatlah janji yang betul.
  • Jangan iri hati dan dengki kepada bisnes orang lain. Kerana rezeki itu hak Allah. 


Pengajaran pertama : Kita mesti mengetahui apakah keUNIKan kita berbanding orang lain. kerana itu juga boleh membuatkan anda tersohor. 

Pengajaran kedua : Bersifat mesra dengan pelanggan dan jangan merasakan diri tu dah bagus sangat.
(hehe.. Bukan nak cakap kasar cuma gerammm je kepada peniaga melayu yang macam ni yang baru merangkak...)

Adios!