Kisah 3 Orang Sahabat Nak Jadi Kaya - Part 2

Bismillah

(Part 1) KLIK DI SINI..

Jis bisnes

Muncul lah Jin pakai toncit berbadan sado tak pakai baju dengan pusatnya tersembul. Dengan gaya Jin nya (Tangan memeluk tubuh) dia ketawa.. "Muahahahahahaha..." "Terimakasih tuan bertiga kerana telah menyelamatkan hamba dari kurungan cerek ini.."


Melopong ketiganya terkejut dan berasa gementar. Mereka juga tak sangka gurauan mengatakan gosok cerek keluar jin itu benar-benar terjadi dihadapan mata mereka sendiri.

"Sebelum hamba balik kampung jumpa anak bini, hamba sangat berbesar hati bagi memberikan enam permintaan buat tuan hamba bertiga. Bermaksud setiap sorang hanya boleh buat dua permintaan sahaja. So, buatlah permintaan, akan hamba tunaikan. Cepat! Hamba dah tak sabar nak balik ke kampung ni..!" Berkata Jin toncit itu lagi.

"Baiklah wahai jin". Musa memberanikan diri sambil memulakan bicara permintaan. "Aku ni lapar dan dahaga sangat. Berikan aku burger, piza, sate, air tebu, air nira..."

Jin toncit berkerut mendengar permintaan Musa. "Weii, weiii.. Itu kan dah lebih buat dua permintaan..?" "Dua ajelah.." Sambung Jin toncit tu.

"Oh ye ke, hehe.. Ok berilah aku makanan dan air yang lazat agar dapat aku hilangkan dahaga dan lapar aku ni.."

"Baiklah akan hamba tunaikan... "

Woooshhh.. 

Dengan sekali tunjuk, makanan dan minuman yang dipesan telah sedia dihantar oleh Jin delivery penghantar cepat.. (Jin toncit tu belanja rupanya..)

"Kau mintak makanan dan minuman, aku stok takde, so, aku calling-calling delivery aje lah.." Kata Jin toncit.

Sukalah Musa dapat makan dan minum dengan puas...

Abu sangat teruja melihat Musa dapat hadiahnya. Terus tak bagi chan, dia pun dengan tergopoh-gopoh buat permintaan kepada Jin. "Oleh kerana matlamat aku nak jadi kaya tu kuat, maka aku nak satu guni dinar emas dan seekor keldai sebagai kenderaan tunggangan".

"Baiklah akan hamba tunaikan..."

Wooshhh..

Gembira bukan main lagi si Abu.. Tak ingat dia tadi tu lapar dan dahaga sangat..

Kini giliran Ali pula...

Ali kini mendapat idea dari pengalaman yang baru ditempuh dan mahu buat permintaannya..

"Wahai Jin yang baik hati, pengarang jantung, intan payung..., "

"Wah.. Sikit punya bagus punya puji ni? Ada makna ka..?" Kata Jin Toncit.

"Hehe.. Kata guru aku, pujilah orang yang akan bagi kita peluang, nanti mana tau dia akan suka bagi lagi.. Hehe.." Kata Ali. Tersengih-sengih Ali bergurau. Kemudian Ali pun membuat permintaannya..

"Wahai Jin pakai toncit, aku cuma nak kau hantarkan aku ke negeri yang mana penduduk disitu tiada air minuman bersih dan berikan aku punca air minuman bersih yang menjadi milik aku."

"Oh, ok.. Akan aku tunaikan.." sambung Jin Toncit.

Wooossshhh..!

"Ok terimakasih. Aku dah pun tunaikan hajat korang.. Aku nak chow sekarang! See ya.. " Kata-kata akhir jin toncit. Lantas dengan itu jin itu terbang macam superman pergi meninggalkan mereka berdua Abu dan Musa. Kenapa tinggal Abu dan Musa sahaja kat tengah padang pasir tu? Sebab Jin dah hantar Ali ke negeri yang mana negeri yang tiada bekalan air bersih.

Kat mana?

Kat Uganda kot...

Dipendekkan cerita...

Sampai suatu ketika bekalan makanan dan minuman Musa tadi habis. Musa kelaparan dan dahaga semula.

Abu pula pergi meninggalkan Musa yang asik mentekedarah tadi dengan membawa seguni dinar emasnya. Tapi ditengah perjalanan, Abu telah dirompak dan disamun. Sudahlah tak makan dan minum sejak dari tadi, kini dirompak pula bukan sahaja seguni dinar emasnya malah dengan keldainya sekali dirembat segerombolan 40 penyamun. Apa punya haprak punya penyamunnn..!

Tak mahu cerita lagi dah kisah selanjutnya mereka berdua ni bagaimana peng'akhiran'nya.. Huhu sadis..

Ini kisah si Ali. Ali telah menjadi kaya kerana membuat perniagaan atas permintaan dan keperluan orang ramai. Ali menjual sumber air minuman bersih a.k.a air mineral kepada penduduk di situ.

Arakian, begitulah kesudahan kisah tiga orang sahabat itu..

- TAMMAT -

-
-
-
Amacam, dapat tak ambil kisah ini dan dijelmakan kepada idea bisnes anda? Yup, tujuan utama cerita ini adalah memberitahu bahawa kita berniaga perlu tahu apa permintaan diluar sana untuk kita sukses. Selain itu dalam kisah ini kita dapat tahu antaranya...

  1. Bila kita berada pada suatu tempat dan bermacam usaha tidak berjaya jangan mencuba perkara yang sama. Perlu hijrah minda, hijrah perniagaan jika itu yang sebaiknya dan lain-lain.
  2. Membuat perancangan yang teliti.
  3. Misi strategi lautan biru. (Dilautan biru banyak jerung yang menguasai lautan. Ikan bilis jangan bersaing dengan jerung kerana bakal dibaham)
  4. Menggunakan modal sedia ada bagi memulakan bisnes.
  5. Bersabar
  6. Tekun
  7. Berazam
  8. Berusaha
  9. Tidak berputus asa
  10. Jangan tergopoh-gopoh mahu menjalankan permintaan. Fikir dengan bijak untuk keuntungan jangkamasa panjang.
  11. Bijak berfikir untuk dapatkan idea.
  12. Buat bisnes jangkamasa panjang untungnya dengan tidak berfikir singkat untung cepat tapi setakat tu je laa..
  13. Berdoa sentiasa kepada Tuhan dan bertawakkal kepadanya.


*Cerita ini tiada kaitannya dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Cerita ini juga tidak bermaksud membawa unsur tahyul dan khurafat. Hanya sebagai hiburan dan dapat dijadikan tauladan bagi mendapatkan idea bisnes yang lebih baik untuk kejayaan..

Jumpa lagi! Adios... 

Hak Cipta Terpelihara ©  Hairizal Hamidon

PENJENAMAAN TAHAP NAGA!!?

Kos adalah PERCUMA jika anda tahu cara terbaik penjenamaan. Bukan sekadar tahu jenama itu apa. Bukan sekadar buat yang biasa-biasa hasilnya pun biasa-biasa aje lah!

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu.. Nak tahu?

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...