Perlu ada BMC - Business Model Canvas

Bismillah

Ramai yang tak tahu BMC tu apa. Bukan saya nak tujukan kepada orang yang baru membuat bisnes, pada pandangan saya sesetengah peniaga walau mereka dah buat pendapatan yang lumayan pun tidak tahu apa itu BMC atau tidak mempraktikkan pun BMC.

BMC tu apa?

BMC adalah nama pendek. Nama panjangnya adalah Business Model Canvas. Tujuan BMC adalah untuk mengurangkan risiko dalam perniagaan. Ia adalah bentuk peta susunan, grafikal, kerangka dan aturan perancangan dalam perniagaan. BMC bukan dibuat ketika kita sudah memulakan bisnes. BMC sepatutnya dibuat ketika kita berkira-kira nak buka sebuah bisnes. Ia bertujuan mencipta satu model bisnes yang baru atau mengubah suai model bisnes sedia ada. BMC mengandungi sembilan buah blok. Lihat seperti di bawah.


Satu idea bisnes, satu BMC. Kalau tengok gambaran awal di atas  adakah anda sudah faham? Kalau belum saya susunkan seperti di bawah. Katakanlah kita nak buka gerai Char Kue Teow Penang Special.

Value Proposition (Tawaran Nilai)
Produk /perkhidmatan. Sekarang kita nak buka gerai Char Kue Teow Penang Special. Produknya pastilah Char Kue Teow itu sendiri.

Customer Relationship
Siapa orang yang bakal berhadapan dengan pelanggan. Pastinya pekerja gerai kita. Mestilah seseorang yang bakal memberi servis yang baik dan mesra kepada pelanggan (pelanggan pasti suka).

Customer Segment
Orang ramai atau bakal pelanggan yang lalu lalang ke gerai kita tu.

Channels
Gerai char kue teow itu sendiri. Di mana lokasinya. Penampilannya bagaimana dan lain-lain.

Key Resources
Bahan-bahan membuat char kue teow seperti :
  • Kue Teow
  • Sayur
  • Udang
  • dan lain-lain.

Key Activities
Menggoreng char kue teow. Sebab itu yang paling utama.

Key Partners
Pembekal yang membekalkan bahan-bahan mentah untuk memasak/menggoreng char kue teow serta bahan-bahannya.

Cost Structure
Struktur kos keseluruhan, aliran wang modal yang telah dikeluarkan dari susunan yang telah dibuat diatas seperti..
Kos terpenting yang wujud.
Kos bahan apa yang paling mahal.
Kos aktiviti yang paling mahal.
dan lain-lain.


Revenue Streams 
Yang mana satu pelanggan kita mahu membayar untuk nilai produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.
Sekarang mereka membayar untuk apa?
Apakah model pendapatan kita sebenarnya?
Apa kah tektik harga yang kita letakkan?


Untuk gerai menjual Char Kue Teow Penang Special ini model bisnes agak ringkas dan mudah. Mungkin kalau anda mahu membina satu kedai alat tulis ia lebih untuk diperincikan di sini.

Ok sekarang lebih jelas tak?

Struktur kerangka ini jika di buat, akan memudahkan kita merancang, menyusun dan melihat dengan lebih jelas apa yang akan kita perolehi hasil dari idea bisnes yang kita nak buat. Kita akan mengurangkan kesilapan. Jadi risiko ada tak? Jika kita buat dengan lebih teliti, kita tidak akan rasa bimbang dengan risiko yang lebih besar.

Ok itu je.. Adios..

PENJENAMAAN TAHAP NAGA!!?

Kos adalah PERCUMA jika anda tahu cara terbaik penjenamaan. Bukan sekadar tahu jenama itu apa. Bukan sekadar buat yang biasa-biasa hasilnya pun biasa-biasa aje lah!

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu.. Nak tahu?

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...