Kisah 3 Orang Sahabat Nak Jadi Kaya - Part 1

Bismillah

Negara Arab

Suatu hari pada zaman dahulu di kota Baghdad, tiga orang sahabat sedang berbincang. Ali, Musa dan Abu sedang berkira-kira untuk berhijrah untuk menjadi kaya. Mereka percaya dengan berhijrah akan merubah nasib mereka yang semakin dihimpit kesempitan kewangan. Habis sudah dijual harta benda termasuk kenderaan mereka unta dan keldai bagi menampung keperluan harian mereka sambil berjimat dan merencana pekerjaan bagi menjadikan modal yang mereka akan lakukan di luar kota Baghdad.

Kota Baghdad adalah sebuah kota yang termasyhur, mewah serta moden. Tetapi bagi sebilangan rakyatnya sukar untuk hidup senang kerana kos sara hidup yang tinggi. Nak bersaing bagi menjadi peniaga dengan peniaga sedia ada pun tidak mampu kerana ramainya peniaga-peniaga tersebut merupakan gergasi pasaran dalam jenis bisnes yang berbeza yang telah terbina kukuh dan memonopoli pasaran sedia ada.

Sudah sampai masanya hari dan ketika yang telah dijanjikan, pada suatu subuh yang gelap, mereka bertiga telah memulakan perjalanan yang penuh pengharapan yang tinggi. Bekalan telah di bawa secukupnya untuk ke negeri Najaf dangan satu harapan bagi memulakan hidup baru menjadi orang kaya dan berharta. Dari Baghdad ke Najaf bukanlah jauh sangat tetapi sekarang ni mereka bertiga tiada kenderaan lagi dan terpaksa berjalan kaki sambil mengharapkan dapat menumpang kabilah yang berkenderaan yang menuju ke tempat yang sama dituju.

Malangnya dalam perjalanan tiada seorang pun musafir yang berkenderaan yang mereka jumpa sedangkan bekalan sudah semakin berkurangan. Tetapi semakin lama mereka berjalan, mereka berasa sudah semakin jauh. Tidak kelihatan satu bangunan pun yang terjangkau dek mata mereka. Sekurang-kurangnya jika ada bangunan adalah orang atau pemiliknya jadi mereka dapat minta izin kepada pemilik bagi berteduh dan merehatkan diri. 

"Wah, gawat ni.." Kata Ali. "Aku rasa kita sudah tersesat jauh dari arah perjalanan ke Najaf". Mereka sudah berasa cemas. Tetapi mereka masih yakin dan mereka bertiga masih lagi mempunyai keazaman bagi meneruskan perjalanan sambil membanyakkan berdoa semoga dipertemukan jalan keluar dari kesusahan. Kata orang Arab, 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan..' Huhu.. 

Jadi mereka meneruskan perjalanan dan sampai suatu ketika bekalan mereka pun habis... Kebetulan ada sepohon pokok kurma yang besar dan mereka bertiga pun duduk dan berehat di situ. Matahari sudah terpacak tegak di atas kepala. Haus dan lapar yang teramat sudah tidak dapat digambarkan lagi.

Tiba-tiba... (jeng, jeng jeng!!)

"Eh, korang... Lihat di sana tu!" kata Musa. "Korang nampak apa yang aku nampak?" 
"Ha' ah la, apa yang berkilat-kilat di sana tu?" sahut Abu pula.
Ternganga mulut Ali dengan pantas mengajak, "Jom kita lihat apa benda tu!"

Sambil berlari-lari Arab, mereka mendapatkan benda yang membuat mata mereka silau tadi. "Laa.. cerek air rupanya... Harap-harap ada la air.."  Kata Ali. Ali mengangkat sambil menggoyang-goyangkan cerek air tersebut.. "Huh takde air daa.. apa la malang.. Kalau ada air dapat jugak aku minum."

Abu terus capai cerek yang dihulurkan Ali kepadanya sambil berkata, "Hai lah cerek, harap cantik je berkilau tapi tak ada air untuk diminum.."

"Meh sini, kata orang, setiap apa yang ada dimuka bumi ini ada manfaatnya. Memang sekarang cerek ni takde air bagi dapat menghilangkan dahaganya kita, mana tahu kita gosok cerek ni keluar Jin dan dapat tunaikan permintaan kita?" Berkata pula Musa sambil tapak tangannya menggosok-gosok cerek tersebut.

Tiba-tiba...
Dengan tidak semena-mena...

Keluar asap dari cerek tersebut. Cerek itu tercampak sebab Musa sangat-sangat terkejut.
-
-
-
-
-
(Sorry... Bersambung part ke-2) KLIK DI SINI

PENJENAMAAN TAHAP NAGA!!?

Kos adalah PERCUMA jika anda tahu cara terbaik penjenamaan. Bukan sekadar tahu jenama itu apa. Bukan sekadar buat yang biasa-biasa hasilnya pun biasa-biasa aje lah!

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu.. Nak tahu?

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...