Fenomena Tagline.. Elok gunakannya!

Bismillah

terlajak laris

Dunia bisnes sekarang sangat mencabar dan persaingan semakin sengit. Tetapi peluang dan rezeki Allah itu sangatlah luasnya dan tak pernah putus bagi mereka yang berusaha mencari dan mendapatkannya. So, apa yang perlu dibimbangkan terutama bagi kita yang mahu menuntut ilmu bisnes, in sya Allah segalanya akan berjalan dengan jayanya.

Ok, sebenarnya slogan, motto ke apa yang seumpama dengannya sudah lama di suntik kepada peserta-peserta yang menuntut ilmu bisnes ni.

Ianya sangat penting untuk penjenamaan sesuatu bisnes atau produk untuk lebih dikenali dan diingati di minda. Ia akan lebih kukuh sekiranya sentiasa dimainkan di mata dan ditelinga orang yang melihat atau mendengarnya.

Penggunaan slogan seperti "Produk D Herbs, Terlajak laris..!", "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putehh.." dan banyak lagi yang berada dipasaran sekarang sudah pasti anda mengenali siapa pemilik produk-produk tersebut bukan?

Lihat dan baca ayat jika ianya di tulis dan dengar lantunan suara jika anda mendengar slogan seperti di atas. Bagaimana kesan yang anda rasakan?

Ini adalah salah satu cara penjenamaan dan nilai pemasaran yang baik yang sepatutnya tidak dilupakan. Jika anda berniaga dimana sekalipun walau secara online seperti di laman-laman sosial contohnya di facebook profile atau banner/header timeline, jangan lupa meletakkan slogan anda untuk penjenamaan bisnes anda.

Takde idea yang lebih baik untuk meletakkan slogan untuk bisnes atau produk anda? 

Kalau macam tu kenalah belajar dulu..

Adios...

JOM! BELAJAR TEKNIK BISNES KEJAYAAN

Jika anda berminat untuk membuat bisnes atau anda pernah GAGAL dalam bisnes anda, saya rekomen anda untuk belajar dengan saya melalui Personal Coaching secara online atau offline. Lebih pantas untuk anda mencapai kejayaan anda In sha Allah.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...