Jangan harap kepada Fanpage Facebook!

Bismillah

facebook fanpage

Memiliki fanpage di facebook untuk tujuan bisnes adalah bagus. Dengan adanya fanpage, jenama perniagaan kita juga boleh terbina dan status post kita lebih niche berbanding fb profile.

Sebelum memulakan promosi bisnes, seharusnya kita mengumpulkan jumlah 'Like' pada targetting audience. Sekurang-kurangnya kita perlu kumpulkan 1000 like untuk memulakan jualan atau promosi di fb ads bagi menampakkan hasil. Lagi banyak like, lagi besar peluang untuk menghasilkan jualan.


Tapi anda tidak boleh mengharapkan pada fanpage anda semata-mata. Walaupun anda boleh menghasilkan jualan pada grup atau pada fb profile anda juga, sepatutnya anda tidak boleh berharap pada satu tempat seperti di fb sahaja. Kenapa? Sebab bisnes dengan mengharapkan pada satu medium jualan sahaja boleh lebur jika pihak pengurusan fb membuang fanpage yang anda telah bina sebab.. Sebab apa?

Antara penyebab yang fb fanpage anda boleh hilang apabila pihak fb menerima aduan yang berbentuk negatif dari pengguna facebook. Mungkin anda tidak pernah melakukan kesalahan apa-apa. Tapi mungkin ada yang dengki dengan bisnes anda? Semuanya boleh terjadi. Ini bukan cakap kosong, sebab ia pernah terjadi kepada sesetengah peniaga fb yang mana fanpage yang dibina dan sudah banyak like yang terkumpul hilang sekelip mata.

Saya sarankan bagi yang ada fanpage tapi tidak ada website atau blog perniagaan, selepas ini perlu bersedia iaitu dengan menyediakan website atau blog perniagaan. Tidak rugi malah anda boleh mengoptimumkan jualan dengan medium pemasaran yang berbeza. Semua itu mampu membentuk jenama diri anda juga.

Dulu saya pernah berguru dengan jutawan internet tersohor negara ketika itu iaitu Dr. Irfan Khairi. Banyak teknik yang dicurahkan bagaimana sesebuah laman web atau blog itu terjual dan mendapatkan lebih ramai pelanggan. Ada tekniknya.

Tapi buat masa ini saya sarankan lepas ni bagi anda yang belum ada blog dan website, perlu sediakan dahulu medium pemasaran ini. Tentang bagaimana nak pasarkan mungkin di lain post saya akan kongsikan tipsnya.

Adios! 

JOM! BELAJAR TEKNIK BISNES KEJAYAAN

Jika anda berminat untuk membuat bisnes atau anda pernah GAGAL dalam bisnes anda, saya rekomen anda untuk belajar dengan saya melalui Personal Coaching secara online atau offline. Lebih pantas untuk anda mencapai kejayaan anda In sha Allah.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...