Maksimumkan Jualan dengan Optimum Penjenamaan

Bismillah

Optimum maksimum

Ramai yang sudah terdorong untuk berniaga secara online. Selalu yang saya dengar adalah keluhan dari peniaga-peniaga baru ini. Kasihan juga. Kalau nak berniaga tak kiralah secara tradisional konvensional atau secara online, sekurang-kurangnya usaha awal perlu dibuat. Bergantung juga kepada bisnes dan medium yang digunakan.

Sekarang ni lebih ramai yang suka nak menjual di laman-laman sosial seperti facebook. Di facebook tanpa ilmu bagi mengiklan secara berbayar, kita akan kurang berjaya. Nak menjual melalui status profil yang percuma tu pun perlu ilmu dan teknik. Barulah ia akan berhasil untuk menjual. Kalau tidak, sukarlah!
Apa yang paling penting kalau kita nak menjual tanpa pengiklanan berbayar (fb ads)? Ye, kita perlu dirikan jenama kita terlebih dahulu.

Nak naikkan jenama pula bukannya senang dan ia mengambil masa. Kita mesti tunjukkan kebolehan atau kredibiliti kita. Jadi 'budak baik' dengan status yang baik terutama perkongsian perkara yang sangat berkaitan dengan bisnes kita. Konsistenkan penampilan status kita setiap hari agar jenama anda itu melekat di minda rakan fb anda.

Kalau boleh gunalah nama sebenar atau nama yang berkaitan dengan bisnes kita. Ada orang, mereka lebih selesa nak berkawan atau berurusan dengan kita jika kita menampilkan nama sebenar dan imej gambar profil anda yang sebenar kerana dapat merasakan anda seorang yang jujur dan boleh dipercayai.

Teknik penjenamaan ni juga luas. Kalau bagi pada saya, saya boleh 'grooming' jenama anda agar lebih terserlah...

Adios...

JOM! BELAJAR TEKNIK BISNES KEJAYAAN

Jika anda berminat untuk membuat bisnes atau anda pernah GAGAL dalam bisnes anda, saya rekomen anda untuk belajar dengan saya melalui Personal Coaching secara online atau offline. Lebih pantas untuk anda mencapai kejayaan anda In sha Allah.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...