Bantu Masalah Rakan di Facebook

Bismillah...

Dari pagi tadi saya sign in dan sign out berulangkali. Idea menulis tu dah ada, cuma rasa tak bermaya je.. Tak boleh jadi ni, saya pun buat air panas, air teh strawberry yang isteri saya beli masa kami makan angin ke Genting Highland tempohari.

Semalam saya menerima keluhan dari beberapa rakan facebook berkaitan bisnes. Ada yang minta saya bagi idea bagaimana nak mula bisnes dan ada yang mengalami kemerosotan dalam bisnes mereka yang tak menjadi akhir-akhir ni. Dari rakan yang bermasalah tersebut, ada rakan lain yang beri komen baik, cuma tak dapat selesaikan masalah dan tidak menepati apa yang rakan yang bermasalah itu mahukan. Memanglah bisnes itu ada turun dan naik. Tapi bila terus menurun pasti ada sebab atau punca utamanya.

Biasalah, sebagai rakan ada yang terpanggil untuk memberikan semangat dan sebagainya tetapi saya tahu bukan itu yang beliau nak. Beliau nak cari jalan keluar untuk tips bagaimana dapat kembali meletop bisnesnya di facebook seperti sebelumnya dulu.

Ok, saya sudah bagi cadangan resolusinya dan mencadangkan penggunaan autoresponder di sini dan entri terkini berkaitannya di sini. Cuma di sini... (Huhu.. Di sini lagi..), kita mesti ingat bagi mencari punca kemerosotan bisnes kita. Ya mungkin sebab cara bisnes kita yang sudah tak relevan lagi, mungkin sebab hubungan kita dengan rakan-rakan tidak mesra macam dulu atau mungkin hubungan kita dengan Allah SWT sudah semakin jauh dan mungkin juga medium yang kita gunakan iaitu laman yang kita tumpang berniaga tu dah berubah syarat, ketetapan, cara dan apa sahajalah contohnya di fanpage facebook sendiri manalah tahukan, memang kita tidak boleh lakukan apa-apalah kalau itu sebab musababnya. 

Bukankah facebook tu Mark Zuckerberg yang punya, jadi suka hati dialah bagi meminda apa-apa yang terkandung dalam facebook. Saya pernah pesan sebelum ni. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang dan kita harus bersedia dengan sebarang perubahan. Ingat, tak guna kita dapat 'Like' ribu riban tapi kita tidak dapat prospek yang berkualiti.

Motivasi bisnes pada belon
Kredit Imej : 5atc.blogspot.com

Tipsnya jika bisnes kita terus menerus menurun :
  • Cari punca. Bandingkan kenapa dulu kita mampu jana income yang lebat tapi sekarang tidak.
  • Deteksi diri jika hubungan kita dengan Allah SWT, orang atau dengan alam itu 'kurang' baik.
  • Sabar atas ujian dan bersyukur kita masih diberi Allah rezeki dari sumber yang lain.
  • Jangan terjun di tempat tinggi hanya menggunakan satu belon sahaja. Dapatkan lebih banyak belon agar kita terjamin selamat. Maksudnya pelbagaikan medium atau tempat untuk bisnes dan sumber pendapatan.
  • Cari atau tambah lagi ilmu bisnes agar kita termotivasi dan dapat idea yang lebih baik.

Errr.. Rasanya itu sahaja untuk kali ni.. Izin saya mengundur diri buat seketika...

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...