Maulidur Rasul - Kita Banyak Alasan

Bismillah,

Di tempat saya di beberapa lokasi sekarang ni musim di adakan sambutan Maulidur Rasul. Mana-mana surau atau masjid yang ada peruntukan yang lebih akan mengundang ustaz-ustaz yang dikenali ramai. Ada beberapa tempat yang saya tidak dapat hadir kerana beberapa kekangan, sedangkan saya cukup gemar mendengar ceramah kerana ia adalah majlis ilmu bukan kerana semata-mata dihidangkan dengan nasi minyak di dalam dulang sahaja. 

Bisnes Ustaz Haslin Baharim al bollywood
Yang Berbahagia, Ustaz Haslin Baharim
Saya sempat pergi ke (lokasi sebenar ceramah di sebuah padang bolasepak bersebelahan...) surau Taman Pelangi Kluang yang mana saya cukup minat dengan penampilan Ustaz Haslin Baharim (Al-Bollywood) walaupun dalam keadaan badan kurang cergas, telan sebiji panadol, lepas maghrib kembali bersemangat untuk terus keluar membawa bersama keluarga dan mak saudara saya bagi mendengar ceramah beliau.

Banyak ciri-ciri yang ada pada Ustaz Haslin yang membuatkan saya berminat untuk turut serta mendengar ceramah beliau. Selain dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan kerana Ustaz Haslin pandai berjenaka (orang tak mengantuk), pandai mengaji, bernyanyi kerana diberikan Allah SWT suara yang merdu dan ilmu yang luas. Terbaik!

Dalam ceramahnya dibincangkan sedikit berkenaan bagaimana kita umat islam boleh menjadi kaya. Kita tidak kaya bukan kerana tidak berkebolehan. Kita tidak kaya kerana terlalu banyak alasan. Ya, ada A.L.A.S.A.N. Kita banyak membuang masa dengan pengisian perkara yang tidak berfaedah, malah menambah dosa seperti mengumpat dan sebagainya. Ok tutup kisah ceramah Ustaz Haslin sampai sini.

*Ustaz Haslin selain berceramah kini bergabung dengan beberapa Ustaz antaranya Ustaz Syed Hisyam Tuan Padang mengusahakan jualan madu asli dari Yaman.

Dalam nak memulakan bisnes, buanglah jauh-jauh sebarang alasan. Apa alasan yang biasa kita dengar? Takde modal untuk berniaga. Aiya.. Aduhaiii.. Saya pun dulu berniaga mana ada modal yang besar. Tak perlu pun buat pinjaman, jauh sekali untuk meminjam sama Ah Long. Guna duit dari sumber yang ada je. Jadi buat dari yang kecil dulu. Bila ada untung, jangan guna duit tu. Tambah pelaburan lagi...

Saya bagi contoh. ini contoh sahaja idea yang saya bagi. Saya sebelum ini adalah seorang juruteknik mekanikal. Jadi kerja paip, kimpal dan membaik pulih di dalam bidang 'kepakaran' saya lah... Ada jiran minta tolong saya betulkan paip air di siling rumahnya yang bocor dan ia memerlukan sedikit kos. Oleh kerana kebetulan waktu tu saya tengah sengkek, saya minta pendahuluan untuk beli barang untuk membaiki. Makcik tu bagi kos keperluan kepada saya, saya beli di kedai hardware berdekatan dan saya memulakan kerja membaiki di rumah makcik jiran saya tu.

Selesai, hanya tinggal kos upah sahaja. Upah saya itu saya tidak guna buat belanja. Saya beli peralatan yang lebih perlu. Oleh kerana servis saya bagus, ehem.. ehemmm.., makcik jiran saya tu mengiklan dari mulut ke mulut kepada jiran-jiran yang lain... Haa.. kannn? Dapat untung saya tambah peralatan lagi. Pekerjaan ini mulanya hanya part time sahaja. Duit gaji saya bekerja saya lakukan seperti biasa sahaja.

Sampailah kepada peralatan yang lebih besar dengan membeli peralatan gerudi besar tebuk/lubang dinding, welding set dan sebagainya. Saya tidak lupa untuk buat kad bisnes saya sendiri dimana saya akan bagi satu atau dua kepada pelanggan saya. Sebab apa bagi dua. Sebab nanti senang pelanggan saya akan berikan pula pada orang lain. Hehehe... Amacam bijak? (Ye la tuuu..)

Jadi, nampak tak contoh yang saya berikan tu? Sama je dengan bisnes yang lain... Yang penting jangan ada sebarang alasan ok? Stop dulu lah ye.. 

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...