Nak Terima Newsletter Kena Confirmed Dahulu

Bismillah...

Popups Autoresponder Malaysia

Jika anda lihat, saya sediakan borang online untuk anda menerima Newsletter Percuma dari saya. Nampak tak? Nampak kan? Hehe... Masa saya menulis ni saya sudah jadikan ia popups di skrin. Percuma bermaksud segala info, tips berkaitan bisnes akan diberikan ekslusif untuk anda.
Ada yang dah submit dan menerima mesej ekslusif yang berterusan dari saya melalui e-mel. Tahniah! Tetapi ada yang request, tetapi sampai la ni tak confirm lagi. Tak mengapa kalau tak jadi, tetapi kalau betul-betul mahu, perlu check semula e-mel dan pastikan telah klik link confirmation tersebut. Jangan bimbang, dengan saya anda tidak akan kehilangan wang pun melainkan jika anda betul-betul berminat untuk pelaburan ilmu yang akan membuat kehidupan berubah lebih positif. Saya buat ini semua bukan untuk kepentingan dan keuntungan saya semata-mata. Tetapi ia khas buat anda! Ye, buat anda. Saya dah beritahu sebelum ini. Sekarang, apa yang saya buat setiap hari akan saya fikirkan apa yang saya mampu beri kepada anda.

Sayang. Sayang jika ada di antara kita yang dah submit tetapi tidak klik link confirmation di dalam e-mel yang telah pun dikirimkan. Jadi, saya tidak dapat menghantar newsletter tu lagi kepada anda. Mungkin juga ada yang submit melalui mobile atau smartphone. Mungkin itu juga boleh jadi masalah. Nak lebih baik guna komputer atau laptop. Lepas tu kalau nak guna smartphone semula dah tak jadi masalah, anda buka je lah e-mel akan ada buah tangan yang ekslusif khas dari saya ke e-mel anda.

Hari ni takde apa-apa la nak tulis, cuma beritahu tu aje la. Sebab saya musykil juga apabila saya lihat ramai yang membuat permintaan tetapi tidak sahkan lagi (confirmation).


Saya ada projek nak buat dan sedang berjalan, jadi itu je pesan saya. Saya suka memberi ilmu apa yang saya ada. Dan di masa akan datang, inshaAllah akan ada yang lebih lagi. Tidak semua info dapat dihuraikan di blog dan ia mengikut kesesuaian. Ambil peluang ni sebab ada bisnes 'baik punya' menanti yang akan saya kongsikan dengan anda. Itu pun kalau mana yang dah submit and confirm. Saya juga akan menghasilkan e-book bisnes yang akan diedarkan secara percuma tapi semasa saya menulis ni ia belum siap. Saya tidak akan berikan e-book saya yang lama takut tak relevan jadi sebab itu saya akan buat ia jadi relevan pada masa kini dan akan datang. Ambil peluang ini sebab itu ilmu dan pelaburan buat anda juga sahabat pembaca blog saya ini.

Saya sayang anda sebab saya berterima kasih kerana anda berkunjung ke blog ini dan sudi membaca hasil tulisan saya. Inilah hadiah terawal dari saya buat anda!

Adios..!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...