Fikirkan Apa Yang Kita Nak Beri

Bismillah,

"Hari Ini Kita Bangun Tidur, Fikirkan Apa Yang Kita Nak Beri, Bukan Fikirkan Apa Yang Kita Akan Dapat!" Begitulah lebih kurang pesanan yang diberi oleh Dr. Azizan Osman pakar motivasi perniagaan nombor satu Malaysia kepada kita yang mendengarnya. Sebenarnya dari awal lagi saya sudah tahu petua kejayaan, petua mudah rezeki atau petua untuk cemerlang diri ni sebab itu adalah ilmu yang saya dapat dalam fasa pertama pembabitan saya dalam dunia perniagaan.

Tetapi alat yang paling POWER untuk berjaya cemerlang dalam dunia perniagaan adalah sistem maklumat pelanggan. Ada dua jenis sistem atau database yang membolehkan kita menyimpan maklumat pelanggan. Yang pertama adalah penggunaan SMS Blaster yang mana kiriman sudah tentu melalui SMS. Biasanya sistem ini adalah untuk peniaga konvensional. 

Manakala yang kedua adalah Sistem Autoresponder untuk kiriman ke e-mel. Penggunaannya adalah menyimpan maklumat pelanggan seperti e-mel prospek atau pelanggan. Fungsi asas keduanya sama sahaja cuma ciri-ciri ada sedikit berbeza. Paling asas keduanya mesti menggunakan komputer, tablet dan seumpama dengannya. Saya sudah atau pernah menggunakan kedua-duanya.

Bagi saya, penggunaan SMS Blaster lebih mahal dari sistem Autoresponder. Sebabnya. SMS Blaster untuk mendapatkannya kita perlu menyewa ruang database pelanggan. Walaupun ia memudahkan untuk blast kepada sejumlah prospek dengan sekali klik, tetapi perlu diingat setiap satu SMS kepada seorang prospek tetap di kira.

Tetapi berbeza dengan autoresponder yang mana ada berbayar dan ada yang boleh diperolehi dengan percuma. Seba itu kosnya lebih murah berbanding penggunaan SMS Blaster. Syarikat penyedia bagi SMS Blaster ada banyak. Begitu juga laman web penyedia sistem autoresponder, ia banyak dan boleh diperolehi dengan mudah.

Saya pernah menggunakan Getresponse dan Norabots bagi jenis yang berbayar. Manakala yang percuma saya pernah guna Autobots dan Listwire. Kepada mereka yang kurang modal untuk berniaga di internet, boleh cuba yang percuma dahulu. Biasalah, nama pun percuma tapi ia mungkin terhad atau prospek kita akan menerima banyak iklan darinya.

Setakat yang saya guna autoresponder berbayar, tiada masalah. Memang mantop! Cuma masalahnya saya adalah jenis orang yang kurang peka pada tarikh yang dekat walaupun jaraknya sebulan. Begini, kebanyakkan autoresponder berbayar, kita perlu membuat bayaran pada tarikh yang ditetapkan setiap bulan. Saya selalu missed kat situ. Lagi satu, saya kurang gemar jika ada pembayaran secara auto-debit. Pembayaran yang saya buat auto-debit hanyalah kepada blog ini dan j-reka.com sahaja, itu pun sebab saya percaya kat Google.

Dari tahun 2013 saya mencari sistem autoresponder yang hanya kita bayar sekali tetapi kita dapat guna banyak kali atau seumur hidup tak payah bayar lagi. Saya jumpa, namanya ArpReach. Masa entri ini di tulis, kos pembeliannya (bukan bayaran bulanan ye..) untuk versi termurah adalah USD195 lebih kurang RM6++.00

Saya dah nak grab dah hujung tahun 2013 tu tapi dia cumapilih atau support server-server tertentu sahaja omputih punya server je lah.. Satu lagi masalah saya, saya kurang gemar guna omputih atau yang luar dari Malaysia sebabnya bukan masalah komunikasi tetapi bimbang masalah berbangkit yang lain. Susahnya bila mereka berada di luar Malaysia. Nak cari apa-apa halkan susah... Ye tak? Sebab saya pernah kena dulu walaupun kebanyakkan diorang ni profesional tetapi kalau ada dalam negara, saya akan pilih yang dalam negara.

Jadi saya cari dan saya jumpa lagi laman penyedia autoresponder yang saya nak. Tiga tahun lepas saya sudah tahu autoresponder ni, tapi ia masih baharu lagi waktu tu, jadi saya biar dulu. Perkara yang hampir sama macam ArpReach, bayar sekali guna seumur hidup atau tanpa yuran bulanan. Siap dari Malaysia lagi dan lebih menjimatkan berkali ganda duit saya berbanding ArpReach. Iaitu dari Emelmatik. Boleh klik sini

Waktu entri ini ditulis saya sedang belajar cara penggunaannya. Ye lah walaupun saya pernah guna autoresponder, secara asasnya pastilah sama, tapi setting dan penggunaan pasti berbeza. Alhamdulillah, kini saya dapat berkongsi dan memberi. Saya sudah buang jauh-jauh niat hanya untuk kumpul list dan membuat jualan kepada list saya. Tidak! Saya akan berkongsi dan memberi apa yang mendatangkan faedah kepada list saya...

Rezeki, Allah yang tentukan. Kalau pun perkongsian itu memerlukan kos, senarai rakan yang terkumpul bebas untuk membuat keputusan tanpa paksaan. Cuma nasihat saya, jika nak berjaya jangan bergantung kepada yang percuma sahaja. Kadang-kadang kita perlu juga keluarkan kos untuk pelaburan yang menguntungkan kita kelak.

Jumpa lagi.. Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


1 ulasan:

  1. Terbaik bos...Saya sekarang tunggu nak guna arpreach je...Hoho.. :)

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...