Buat Duit dengan Blog

Bismillah...

Jika anda adalah orang baru dalam dunia internet, mungkin anda tidak tahu atau tidak perasan bagaimana blog boleh menghasilkan duit buat anda. Bahkan, ada antara kita yang menjadi kaya dengan blog. Tanpa membuang masa, di bawah saya senaraikan antara jenis pendapatan yang boleh terhasil menerusi blog secara umumnya. 

Produk dan Perkhidmatan
Sekarang blog sudah banyak menggantikan website sebagai medium jualan. Blog yang menjual bolehlah kita namakan dengan Blogshop. Jika anda menggunakan website, anda seharusnya ada sebuah blog yang berkaitan bisnes di website anda atau dari domain yang sama untuk menarik trafik ke website anda. 

Blog bersifat dinamik dan enjin carian sangat suka dengan blog kerana di dalamnya ada banyak informasi yang mudah dikemaskini.

Dengan sebab itu juga ramai yang hanya mahu tumpukan di blog sahaja bagi menjual produk atau perkhidmatan mereka. Blog juga sekarang boleh menggantikan web berasaskan CMS shopping cart iaitu sebuah web yang boleh menjual beranika produk, pelbagai jenis barangan dan harga. Contohnya saya juga ambil servis buat shopping cart berasaskan blogger (blogspot) yang lebih simple dan murah penghasilannya di j-reka.com.

Promosi produk orang lain - Ejen/Affiliate dan Dropship
Ini adalah pendapatan tanpa produk sendiri, tanpa perlu stok yang disimpan seperti perniagaan dropship. Contoh lain seperti program affiliate mungkin anda hanya mahu jadi ejen menjual sahaja. Jika anda adalah pemilik atau pembuat program juga boleh guna blog. Bagi tajuk ini ia hanya mengiklankan sahaja produk atau servis orang lain di blog anda.

Pendapatan Pasif - Pengiklanan dan E-book
Pendapatan pasif adalah pendapatan yang dibuat sekali, tetapi pendapatan berkali-kali seperti buku/e-book. Sebab anda hanya menulis buku itu sekali tetapi setiap ada orang yang berminat akan membeli menunjukkan pendapatan atau penghasilan jualan itu boleh dapat berulang kali.

Begitu juga dengan iklan yang dipasang di blog seperti banner, teks, video dan beberapa cara lagi. Kadang-kadang bagi orang baru, mereka tak perasan pautan yang ada di blog itu bukan milik blogger itu sendiri tetapi ia adalah iklan yang dipasang untuk menghasilkan pendapatan bagi pemilik blog tersebut dengan hanya sekali klik sahaja.

Jenis-jenis iklan adalah seperti CPC (Cost Per Click), CPM atau di sebut Cost Per Impression, CPA (Cost Per Action) dan iklan berwaktu. Syarikat atau web yang menawarkan iklan ini pula termasuklah Google Adsense, Chitika, Nuffnang, Facebook dan banyak lagi.

Jenama dan Kredibiliti
Ada di antara mereka yang minat menulis blog dan selalu kemaskini blog mereka. Mereka bijak memilih pengkhususan kepada blog mereka dan ada yang mengkaji apa yang ramai orang cari di internet menjadikan blog mereka ramai pengunjung. Secara automatis mereka telah membentuk jenama mereka dan kredibiliti. 

Dari situ, mereka mudah menjual produk mereka atau rekomen produk orang lain. Bagi yang nak buat iklan pula di blog mereka biasanya caj yang perlu dibayar bagi pemilik blog ini adalah tinggi sebab pengunjung yang tinggi di blog mereka.

Menjadi terkenal seterusnya mendapat sumber pendapatan lain.
Hanis Zalikha ini sekarang sudah jadi pengacara yang dikenali ramai juga. Saya hanya mengenali beliau sebagai blogger. Ini hanya contoh sebab ramai lagi blogger yang dah terkenal kerana blog mereka. Mungkin suatu hari kita juga boleh jadi fulltime blogger dan mendapat part time job siapa tahu?

Penajaan
Dalam pemikiran saya ada beberapa jenis atau bentuk blog penajaan yang boleh menghasilkan duit. Ada yang mendapat duit hasil tajaan sebuah syarikat untuk menulis berkenaan produk mereka. Ada juga ramai yang ingat ini mungkin sebuah web atau blog MLM, replika blog yang ada sistem seperti downline, spillover dan banyak lagi. Sebagai orang islam dan di bawah undang-undang di Malaysia, ada program atau tajaan yang tidak dibenarkan. Jadi kena banyak buat rujukan.

Pay Per Post / PTR (Paid to Review)
Contoh seperti payperpost.com secara ringkasnya adalah web yang membayar anda untuk review atau bercerita berkenaan produk mereka di blog anda. Daftar di sana, jika diluluskan tunggu kerja dan arahan yang diberikan. Anda akan terima bayaran dari kerja yang dihasilkan di blog anda.

Rumusan dari saya. Carilah apa yang paling ramai orang cari di internet dan apa yang kita mahir akan sesuatu perkara. Tipsnya yang terbaik adalah anda mesti niche dengan konsep blog anda. Saya mungkin tidak senaraikan dengan lebih khusus kerana ia memakan masa. Anda bolehlah tanya 'pakcik google' untuk melihat maksud yang lebih khusus dari segi pengenalan dan panduannya. 

Sebenarnya banyak lagi cara untuk menghasilkan duit di internet menerusi blog. Apa yang penting kena banyak belajar dan timba ilmu sesuai dengan keperluan dan minat anda.

Blog ini saya kongsikan bersama blog saya di j-reka.com

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


1 ulasan:

  1. saya memang maen di ptr tapi payperpost dah jarang ngasih job lagi saya dah berbulan bulan ga dapet job disana.

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...