Jenama Diri dengan Imej Profil

Bismillah...

Imej profil adalah penting sekiranya kita seorang peniaga atau bakal menjadi usahawan tak kiralah offline atau online. Orang akan lebih mudah tangkap dan ingat dalam minda mereka dari apa yang mereka lihat kali pertama berbanding slogan atau sebarang teks seperti kata-kata motivasi. 

Imej menafsirkan pelbagai maksud. Jika anda menonjolkan imej dengan berpakaian kot(coat) atau blazer, kelihatan segak dan kemas, persepsi pertama orang yang melihat akan berkata anda adalah seorang usahawan yang berjaya. 

Banyak lagi contoh yang boleh kita huraikan hanya dari sekeping imej. Imej penting kerana ia membawa jenama kita dalam perniagaan. Dengan jenama yang kita bina, akan memberi keyakinan dan kepercayaan prospek. Kadangkala dengan jenama yang bagus, produk kita akan terjual sendiri tanpa kita promosi secara langsung.

Cuma saya kurang faham, kenapa ada mereka yang mahu berniaga tidak mementingkan imej profil mereka. Ada yang letak gambar haiwan, tak tahulah kalau mereka ada kedai menjual haiwan peliharaan ke atau apa. 

Saya sarankan mana-mana yang mahu aktif di laman sosial termasuk di forum, letaklah nama dan imej yang baik, sesuai dengan perniagaan yang mereka sedang usahakan. Konsisten dan bertahan dengan imej juga nama itu di mana-mana laman sosial atau forum yang mereka sertai. Sebab apa? 

Sebab ia lebih mudah dan cepat untuk orang lain ingat serta tertanam dan melekat di minda orang lain. Kemudian barulah kita titik beratkan cara kita bersosial. Jika kita letak nama dan imej yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza, kita akan rugi masa kerana proses untuk membina jenama akan bergerak perlahan atau lambat dari sepatutnya. Ini bereti kita perlu kerja keras untuk membina jenama cara lain iaitu dengan perlu selalu aktif dan konsisten.

Imej haruslah kemas dengan latar belakang yang tidak berserabut dan menonjolkan tuan punya imej itu sendiri. Bila ada orang senang dengan persepsi pertama hasil dari apa yang mereka lihat, maka mereka juga berasa lebih mudah untuk berurusan dengan kita.

Imej adalah cara kita mempromosi perniagaan kita dengan lebih mudah dan kadang-kadang kita sendiri tidak menyedarinya. Ada usahawan yang tidak melepaskan peluang untuk meletakkan URL laman web mereka pada imej profil mereka. 

Tonjolkan imej anda atau bisnes anda pada imej profil yang anda letakkan. Jika berasa latar belakang imej itu penuh, sibuk atau berserabut untuk menonjolkan imej sebenar anda, anda boleh belajar tutorial yang saya buat dengan klik di sini.

Semoga anda lebih kaya dan berjaya... (pinjam kata-kata semangat Dr Azizan Osman)

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...