Waktu Paling Ramai Buka Facebook

Bismillah...

Hari ini agak kelewatan menulis entri blog. Tak tahulah, badan letih semacam selepas balik dari Johor Bahru semalam. 

Ok lah kita teruskan blog ini dengan entri waktu paling ramai orang buka fb. Bagi seorang peniaga adalah penting untuk kita tahu waktu paling ramai orang yang sedang ber-fb. Sebab apa ye? Sebab kalau kita update waktu yang tak ramai orang contohnya jam 4 pagi, nanti yang mana mereka yang sedang ber-online jam 8 pagi takkan nampak update kita yang dah tenggelam dengan newsfeed orang lain. 

Melainkan jika kita sudah ada pengikut yang rajin komen kat status kita hanya mereka yang akan nampak sebab ia terpaku sementara bagi loading log-in pertama. Itu pun jika mereka beralih ke tempat lain dan beralih semula tidak akan nampak lagi status kita sebelum ini.

Saya sudah beritahu dalam entri sebelum ini yang bermaksud jika lebih ramai orang, maka untuk kita membuat sale akan bertambah cerah. Jadi kalau nak update status pun carilah waktu yang paling ramai orang ber-fb.

Selepas subuh (6am – 7am) :

Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan jenama kita. Sebab ketika ini rakan-rakan kita yang baru bangun tidur, baru mandi, baru solat subuh atau yang bersiap ke tempat kerja(mereka yang ketagih ber-fb) akan buka fb. Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari ke dan yang menjual produk kesihatan tu boleh juga bagi tips kesihatan dan letaklah pautan ke page/web perniagaan masing-masing.


Selepas minum pagi (8am – 10am) :

Kekadang ada yang sedang mengeteh (kata orang Johor) iaitu sambil-sambil minum di kantin/gerai makan tu diorang akan buka fb. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali waktu ni.


Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm) :

Waktu makan tengahari adalah waktu rehat yang panjang pada waktu kerja. Jadi ramai yang buka fb untuk lihat status rakan. Masa ni ramai yang bagi air liur kita meleleh dengan gambar menu makan tengahari yang sedap menyelerakan. Gambar adalah suatu tarikan buat pembaca. Satu gambar boleh menceritakan pelbagai perkara. Jadi, kalau nak promosi bisnes boleh la letakkan gambar dan pautan kita.


Selepas minum petang (4pm – 6pm) :

Waktu ini adalah mood untuk shopping. Apa yang mereka lihat waktu makan tadi dan tak sempat nak buat bank-in akan cari balik produk yang kita keluarkan tengahari tadi. Selalunya seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Mereka akan gambarkan produk tu dalam minda mereka dalam perjalanan balik dari pejabat. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti "Promosi ini hanya sampai jam 7pm sahaja, selepas dari itu promosi akan ditutup!" Hehe.. bagilah elemen ketakutan di situ.


Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12am) :

Inilah waktu HOT untuk promosi sebab mereka dah tak banyak fikir hal kerja. Mereka sudah ada kelapangan. Slow and steady je. Buatlah ayat-ayat soft selling yang menarik perhatian atau yang memberikan impak emosi kepada pembaca dengan syarat kita MESTI online juga kalau sedang buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi mereka tak nampak kita sedang online, akan membantutkan usaha mereka untuk membeli dengan kita dan mereka mungkin akan cari orang lain yang juga sedang membuat promosi.

Jadi bagaimana? Mudah sebenarnya nak ingat waktu promosi ini, tapi tak semudah untuk menjual. Rezeki di tangan Allah. Ini hanyalah suatu usaha sebagai panduan untuk mendapatkan yang terbaik. Selebihnya adalah tawakkal. Boleh cuba kemudia berdoa agar rezeki itu datang pada kita. Waktu-waktu yang tersiar di atas adalah kajian dan pengalaman dari waktu yang ramai para IMer mempromosikan produk mereka. Sekian...

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...