Duit Ada Di Mana?

Bismillah...

Memang la buntu jika tidak ada duit di tangan. Bagi yang bekerja selalunya menunggu-nunggu bila gaji nak keluar. Bagi yang membuat bisnes akan rasa gelisah bila tidak ada wang masuk seperti kebiasaannya. 

Bagaimana nak cari duit? Di mana duit boleh kita perolehi?

Sebenarnya duit ada di mana-mana. Pandangan mata kasar memang kita tak nampak, tapi dia ada. Saya bahagikan kepada tiga golongan orang yang akan memperolehi duit.

Golongan yang pertama
Orang yang rajin berusaha. Otak mereka sentiasa ligat berjalan dan mereka selalunya adalah orang yang kreatif. Mereka sudah pasti akan memikirkan jalan bagaimana nak dapatkan duit. Mereka bukan jenis orang yang memikirkan masalah, tetapi mereka adalah pencari orang yang bermasalah. Mereka tahu mereka akan dapat duit juga. Yang penting berusaha, berfikir dengan akal yang digunakan dengan sebaiknya. Tahukah anda jika manusia menggunakan hanya 3 peratus sahaja akalnya, mereka akan jadi orang yang paling hebat di dunia!

Golongan yang kedua
Orang ini sentiasa berfikiran positif. Biasanya orang yang positif ini walaupun bermasalah dengan wang pada awalnya, tetapi mereka tak pernah berlapar, mereka selalu ceria dan sangat yakin. Setiap kali bangun pagi, mereka percaya hari ini akan menjadi harinya yang bertuah. Orang yang sudah semulajadi ada sifat yakin dan percaya yang kuat juga akan berjaya menarik perkara yang baik bagai magnet ke dalam dirinya. 

Ada juga mereka yang pernah belajar dan mempunyai ilmu berkaitan 'Law of Attraction'. Mereka ini adalah antara orang-orang yang akan berjaya dalam kehidupan mereka. Konsisten dan sentiasa termotivasi.

Golongan yang ketiga
Sebagai orang islam kita yakin dan percaya dan tiada siapa lagi yang akan dapat membantu kita selain Allah. Kelebihan kita adalah pada doa. Ikutlah tertib dan disiplin bagaimana nak makbul doa kita. Buatlah amalan yang wajib dan sebaiknya konsisten dengan amalan yang sunat. Tinggalkan yang haram atau dilarang. Sentiasa bertaubat. 

Bila berdoa, merayulah dengan bersungguh-sungguh. Percaya serta yakin Allah akan beri. Jika tidak dapat apa yang dihajati, percayalah Allah nak berikan yang lebih baik dari apa yang kita minta.

Duit adalah segalanya, tetapi segalanya bukan duit. Nak dapat duit ada cara, ada jalannya, pasti akan berjumpa. In Sha Allah...

Sekian untuk entri khas pada hari jumaat ni, penghulu kepada segala hari. Berjumpa lagi...

Wassalam.. (hari ni hari khas, tiada ucapan adios seperti biasa... Ohh tercakap juga.. hehe..)


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


2 ulasan:

  1. Menarik. Saya setuju dengan golongan yang ketiga tersebut.Keyakinan perlu diberikan hanya pada Allah.

    http://usahawanperubatanislam.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Benar. Jika digabungkan ketiga-tiganya akan jadi lebih baik. Barulah namanya berusaha dan bertawakkal.

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...