Pemasaran Facebook

Bismillah,

Hari ini menulis dua entri. Yang pertama di j-reka.com dan petang ni saya cuba luangkan masa saya untuk menulis di sini. Saya sebenarnya peruntukan untuk tiga kali seminggu menulis blog. Tapi saya cuba memberikan bonus buat pembaca agar tidak lama menunggu entri saya seterusnya.

Ok seperti yang dijanjikan, saya akan menulis berkenaan pemasaran facebook. Pemasaran ini luas dan sentiasa ada perubahan seiring dengan teknologi yang setiap hari ada pembangunan. Saya pernah menulis berkenaan facebook. Tapi kali ini ia adalah idea yang berbeza dari yang sebelumnya.

Sepertimana ramai dari kita mengetahui, facebook adalah sebuah laman sosial yang sangat popular. Sebelumnya ada Friendster dan Myspace tetapi jika dilihat ranking, facebook telah mengatasi dua laman sosial tersebut. Jadi, bagi saya sebagai seorang peniaga adalah rugi jika kita tidak ada manfaatkan facebook untuk memasarkan produk atau servis kita.

Walau bagaimanapun, untuk memasarkan produk dan servis kita juga kita perlu tahu teknik pemasarannya. Jika tidak, kita tidak akan jadi seorang peniaga yang beretika. Nak berada lama dalam industri ni pun mesti tahu tekniknya. Hentikan semua tagging-tagging tu. Bukannya tak boleh, tapi perlu sejajar dengan keperluan bersosial kita. Kalau saya, saya selalu tag untuk adik-beradik saya sahaja untuk berkongsi gambar keluarga. Itu sahaja.


Jadi apa yang perlu kita buat untuk berniaga di facebook malah laman sosial lain juga. Kerana asasnya hampir sama sahaja.

  • Tambahkan rakan anda
  • Niche
  • Jenamakan diri anda
  • Imej Profil
  • Buat bisnes/fan page
  • Buat atau join grup yang niche dengan bisnes anda
  • Gunakan teknik NLCI (No Link Check Inbox)
  • Belajar untuk mahir membuat ayat penarik
  • Elakkan Tagging dan Hard Selling
  • Gunakan Soft Selling
  • Apa lagi? Huhu.. Itu je lah nanti pening kepala nak ingat semuanya.


Saya akan berikan beberapa tips di atas. Saya juga terpaksa akur untuk tidak mendedahkan terlalu banyak perkara yang percuma sebab rakan IMer saya juga menjual produk yang akan kita bincangkan hari ini.

Ok terus bermula... 

Tambahkan rakan anda, Niche dan Jenama
Ada dua cara yang biasa saya buat untuk tambahkan rakan saya. Kenapa kita perlu ada rakan yang ramai? Bila ramai peluang anda untuk menjual lebih tinggi la.. Contoh jika anda memberikan flyers kepada 100 orang berbanding dengan 500 orang, anda sudah pasti tahu mana yang lebih menguntungkan bukan?

Cara pertama adalah  cuba cari pengguna sasaran anda. Katakanlah jika anda seorang towkeh baju kurung moden dan sasaran anda adalah golongan gadis yang sudah bekerja berumur lingkungan 25-35 tahun. Anda hantar permintaan rakan (friend request) kepada golongan ini. Pentingnya niche. Lebih niche lagi bagus. Lihat imej di bawah. 


Caranya adalah klik 'Rakan' dibahagian profil anda (jika fb anda setkan dalam bahasa melayu). Kemudian klik 'Jejak Rakan'. Anda akan nampak borang yang anda perlu isi atau klik. Jadi fb akan carikan untuk anda. Anda pilihlah rakan yang anda nak tu. Jangan cari awek yang cunnn je. Hoho.. Tapi cara ini ada limitnya. jangan terlalu rush nanti akaun anda akan di block oleh pihak fb.

Cara kedua, poskan status anda yang boleh mearik perhatian pembaca. Tahu tak ramai orang menyampah jika anda selalu update status contohnya macam ni "Oh ngantuknyaaa..." Ini bukan saya cakap, tapi pernah saya masuk forum mereka bercerita perkara ini. Perkara ini agak berbeza jika anda sememangnya seorang yang popular. Bila dah sangat popularnya anda, apa yang anda perkatakan akan ada orang nak like atau komen status anda.

So, tarik perhatian orang dengan status update anda kerana ia adalah viral yang menyebabkan rakan anda akan bertambah. Seolah-olah anda paksa diorang komen pada status anda. Secara tak langsung, sedikit demi sedikit anda membentuk jenama diri anda. Tipsnya senang. Anda tidak perlu menjual, biar jenama diri anda yang akan dengan sendirinya menjual produk anda. Tak payah tagging-tagging lagi ye..

Jenama ini sangat penting. Bukan senang nak jaga jenama ni dan menaikkan dia. Anda kena jaga cara anda bersosial. Be friendly dengan semua orang. Kena selalu dan konsisten untuk memberikan status yang bagus. Dapat cari kelainan? Buatlah, orang akan ingat anda, nama, produk atau servis dan membentuk jenama anda. 

Letakkan imej profil yang baik. Janganlah letak gambar kereta sebagai contoh untuk profil imej anda. Mentang-mentangla towkey keretaaa.. Satu lagi jangan letakkan imej anda sedang pegang duit. Sebab ramai yang akan menyangka anda bukan untuk bersosial tetapi adalah untuk promosi skim cepat kayap.. Ohh..

Ok setakat itu dulu buat kali ini.. Dah banyak dah tips terbagi kekeke... Ok jumpa lagi!

Adios... 


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...