Pemasaran Gerilla - Apa tu?

Bismillah...

Kalau nak ikutkan hari ni saya nak menulis lagi berkenaan PayPal. Sebab tinggal satu je lagi dalam rancangan tu untuk tajuk Paypal.

Berkenaan apa?

Berkenaan penggunaan VCC. 

Apa itu VCC?

Secara ringkas sebelum kita bercerita berkenaan Pemasaran Gerilla. VCC ialah singkatan kepada Virtual Credit Card. Virtual Credit Card ini tidak dapat disentuh, dipegang atau untuk menunjuk-nunjuk kat awek.. hehe... VCC di cipta sebagai alternatif kepada Kad Kredit atau Kad Debit yang kita lihat ia dalam bentuk fizikal. VCC telah dijadikan sebagai alternatif untuk membuka akaun di eBay dan juga di Paypal. 

Selain itu, VCC juga digunakan oleh ramai eBay seller untuk membuka lebih dari satu akaun di eBay dan juga di Paypal. Inilah kelebihan memiliki VCC kerana kesukaran sesetengah orang bagi memiliki kad kredit atau kad debit. Ia adalah salah satu cara bagi mereka yang nak daftar Paypal tanpa kad kredit yang berbentuk fizikal.


Sungguhpun begitu, ia tetap ada kelemahannya dan permasalahannya juga. Kadang-kadang tu bukan masalah nak buat VCC tu, tapi kadang-kadang bermasalah contohnya di eBay. Jadi kali ni saya tak mahu bercerita pasal Paypal dan VCC dengan lebih lanjut. Tengoklah dah berderet tajuk kat blog ini adalah berkenaan Paypal je. Saya risau sebenarnya bila pembaca setia pula bosan. 

Jadi, anda boleh la tanya dengan pakcik Google je lah ye.. Hehe..

Ok, apa yang dimaksudkan pemasaran gerilla?

Adakah cara memasarkan gorilla kat Afrika tu? Oh hoho.. 

Secara ringkas, biasanya ia dikaitkan dengan peperangan. Yang membawa maksud perang gerilla itu adalah sekumpulan tentera dengan jumlah yang kecil bersama kelengkapan perang yang sedia ada yang juga kurang, menyerang hendap tentera musuh yang besar jumlahnya. 

Jadi kalau dalam pemasaran pula bagaimana?

Sama juga maksudnya seperti yang diterangkan di atas cuma di ubah kepada pemasaran je. Maksudnya mengiklan atau mempromosi bisnes dengan bajet yang rendah tetapi boleh jadi impak keuntungannya yang besar.

Tipsnya sama. Biasanya di facebook sebab sekarang ramai IMer atau sifu bisnes internet memberikan tips berkenaan pemasaran gerilla facebook.

Jadi kalu di fb tu mereka akan bercerita berkenaan fb ads. Alah.. pengiklanan yang kita biasa tengok yang ada kat sebelah kanan tu.. Oleh kerana ia tengah hot dan ramai yang ambil servis ni, saya akan bercakap secara umum sahajalah.

Ia sebenarnya adalah untuk bagaimana anda hanya membayar atau membuat pilihan yang terbaik untuk fb ads tetapi keuntungan yang anda dapat itu ngeTOP!

Sebab ramai yang buat iklan, tetapi jualannya tidak memberangsangkan. Semua tu ada tekniknya yang tertentu. Saya mungkin lepas ni akan berikan beberapa tips sahaja berkaitan dengan pemasaran fb.. Teknik ini susah nak diterangkan di blog kerana ia memakan masa yang panjang. Sebab tu ada otai pemasaran FB terpaksa buat video tutorial dan video tutorial itu dijual dengan harga yang tinggi. Tapi nilai sebenarnya lebih tinggi dari pelaburan pembelian tu.

Kisah semalam...
Kebetulan di fb seorang seller menjual produknya dengan tagging ramai orang. Cara itu kurang tepat la kann... Ramai juga yang tak selesa sebab yang utamanya seller tersebut tag secara rambang dan tidak pada sasaran mereka yang berminat. Ada sorang tu cakap lebih kurang begini "Wah, ini betul-betul pemasaran gerilla!

Ramai IMer yang terkena tag tu menegur dan seller tu boleh kena banned dari fb. Tapi ada juga yang cetek ilmunya mempertahankannya. Ya lah mungkin sahabat karib seller tu ke atau rakan fb yang suka dengan produk tu.. Masalahnya yang paling utama adalah kerana ia nanti akan menyusahkan kerana selagi tak dibuang tagging nama tu, selagi itu orang yang tak berminat itu akan menerima makluman dari masa ke semasa. 

Sahabat IMer saya kata dia dah beri amaran dan akhirnya beliau remove dengan unfriend seller tu je. Ruginya dengan tindakan kita yang kurang wajar akan mengurangkan peluang untuk menghasilkan keuntungan buat diri kita sendiri dalam tempoh jangkamasa panjang...

Belajar dan terus belajar demi menjana keuntungan yang lebih hebat. Internet itu mudah dan jika belajar untuk mendapat tips yang lebih berkesan akan membawa keuntungan jangkamasa yang panjang.

Ok, hari ni pengenalan je ye... hehehe.. Entri akan datang mungkin berkenaan pemasaran fb.. 

Kita sambung je la di entri yang lain ok? Adios..!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...