PayPal - Penggunaan Tanpa Kad Kredit dengan RHB Bank

Bismillah,

Ketika saya menulis ni, apa yang saya tahu, saya akan tulis. Kalau nak bercakap berkenaan internet dan teknologi pada hari ini, mungkin pada masa akan datang ia mungkin kurang relevan lagi untuk di terima pakai atau ada perubahan-perubahan samada sedikit atau banyak memang itu tidak dapat dipastikan dan saya mohon maaf untuk apa yang di tulis di sini, jika ada kesilapan atau fakta yang terkini bolehlah memberi komen di sini.

Samalah juga halnya dengan paypal. Dulu paypal ada peraturan dan penetapannya yang tersendiri. Kini ada yang telah berubah. Sekarang saya mahu menulis berkenaan pembelian secara online tanpa kad kredit menggunakan paypal. Paypal ini sangat terkait dengan penggunaan kad kredit atau kad debit sehinggakan dahulu bagi mereka yang tidak ada kad kredit, boleh sahaja menggunakan teknik atau trik penggunaan VCC atau Virtual Credit Card.

*Kad kredit : Kita boleh membeli secara hutang.
*Kad debit : Kita membayar dari wang yang kita sedia ada dalam akaun bank kita. (Seperti prepaid.. Top-Up, atau ada duit dalam akaun bank dan anda sudah boleh gunakan kad ini).
*Paypal : Syarikat kewangan / pengurusan jualan antarabangsa dari penggunaan kad kredit/debit secara online. (Saya sifatkan sebagai bank pembayaran antarabangsa)


Paypal RHB

Apa yang saya tahu, jika kita tiada kad kredit kita boleh sahaja melakukannya dari akaun RHB bank. Jika tiada boleh buka akaun di RHB bank. Banyak perubahan yang paypal buat untuk memberikan kemudahan kepada kita. Dahulu, semasa saya belajar untuk bisnes online tiada kemudahan ini. Pelbagai trik yang perlu saya belajar agar dapat menggunakan paypal. Sekarang sudah boleh guna paypal tanpa kad kredit di RHB bank. Saya tidak pasti jika sudah ada kemudahan pada lain-lain bank.

Sejak dari awal saya sudah ada kad kredit dan kini akaun paypal saya, saya menggunakan kad debit Maybank. Mudah. Jika anda ada akaun di Maybank, tukarkan kad ATM anda kepada kad debit Maybank, jadi anda sudah boleh dapat akaun dari paypal dengan pendaftaran kad debit tersebut. Dari kad ATM biasa untuk di tukar kepada kad debit Maybank hanya di caj RM 12 sahaja. Kemudian anda sudah ada banyak kegunaan termasuk pembelian di pasaraya, pembelian online dan banyak lagi dengan menggunakan kad debit tersebut.

Pentingnya ada akaun paypal kerana trend masa kini di mana orang ramai boleh membeli secara online dan sudah semakin ramai yang menggunakannya. Membuka akaun paypal adalah mudah. Paypal sangat dipercayai dan ramai yang menggunakannya di seluruh dunia. Bagi peniaga online baru, memliki akaun paypal adalah jalan terbaik menyediakan servis penggunaan kad kredit/debit untuk pelanggan kerana tiada yuran pendaftaran yang selalunya mahal.

Paypal hanya ambil  dalam anggaran tiga peratus sahaja dari setiap pembelian pelanggan. Jangan bimbang, jika ada terlebih atau terkurang tidaklah banyak yuran yang dicaj oleh Paypal. Pendaftaran sebenarnya percuma walaupun nampak anda perlu membayar sebanyak USD 1.95, tetapi selepas akaun anda di sahkan, paypal akan memulangkan semula wang anda dalam tempoh 24 jam.


Apakah transaksi dari cara penggunaan Paypal itu selamat?

Untuk melakukan transaksi ini, kita akan dihubungkan dengan payment gateway di mana payment gateway ini menyediakan suasana selamat untuk mengelakkan maklumat sensitif transaksi tidak dicuri oleh orang lain. Payment gateway yang paling popular adalah Paypal, manakala ada juga yang lain tetapi tidak sepopular paypal kerana ada di antaranya mengenakan yuran yang agak tinggi / mahal.

Paypal merupakan payment gateway yang tidak asing lagi.  Kita akan simpan maklumat kad kredit di dalam Paypal dan apabila kita membuat transaksi, kita hanya perlu login ke Paypal sahaja.


Penggunaan paypal tanpa kad kredit dari RHB bank

Berbalik semula penerangan untuk tajuk di atas. Jika anda ada akaun RHB bank, anda boleh top-up wang anda dalam akaun anda. Prosesnya adalah cepat. Ini adalah cara bagaimana anda dapat menggunakan Paypal tanpa kad kredit atau kad debit.

Langkah demi langkah bagaimana nak top-up adalah seperti di bawah...

Langkah 1
Masukkan duit ke dalam akaun RHB Bank anda.  Pastikan anda daftar juga RHB online banking.

Langkah 2
Login ke Paypal.  Jika anda tiada akaun Paypal, bukalah satu.  Ianya percuma sahaja.  Proses membuka akaun akan saya terangkan di post yang lain itu di sini.

Langkah 3
Pada menu atas Paypal, klik pada link 'Top-up' dan apabila laman top-up dipaparkan klik Continue.

Langkah 4
Anda akan dibawa ke laman web RHB Bank, dan masukkan jumlah yang ingin ditopup dalam USD.  Klik recalculate untuk mengetahui nilainya dalam MYR.  Pastikan anda cukup wang untuk top-up.

Langkah 5
Anda akan diminta untuk login ke RHB Online anda.  Ikuti arahan yang diberikan dan selepas pada itu anda boleh terus gunakan Paypal untuk melakukan transaksi online tanpa menggunakan kad kredit anda.

Dah itu je, semoga bermanfaat.

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


2 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...