Pentingnya kuasa memujuk dalam bisnes

Wah.. Hari ni cuaca sangat baik dan terasa nyaman.. Nikmat Tuhan yang patut dan mesti kita semua mensyukurinya..

Hari ni saya nak bercakap sedikit berkenaan pemasaran. Ramai yang sudah mula tahu apakah yang disebutkan dengan pendekatan soft selling. Saya sudahpun membuat pos berkenaan soft selling sebelum ni. Tapi lebih ramai yang tahu berkenaan hard selling. Tanpa disedari hard selling sudah sebati dengan kehidupan kita. Pendek kata, ('Pendek' yang kata ye bukan saya kata..) dan juga secara umumnya jualan terus secara terbuka dan jelas itu dinamakan hard selling

Di internet terutama kepada orang-orang baru tidak menghiraukan pendekatan soft selling kerana mereka kurang faham teknik jualan ini. Ini menyebabkan orang lain tidak suka pendekatan hard selling dan ramai menganggapnya SPAM. Contohnya apabila kita sedang seronok berbual dengan orang yang kita kenali tiba-tiba datang seseorang yang tidak dikenali menganggu dengan promosi jualan ntah apa-apa, tentu kita berasa kurang senang. 

Seperti contoh lagi seorang salesman yang datang kepada anda dan promosikan terus produk mereka, itu juga dinamakan hard selling. Hard selling ini perlu kena pada tempatnya, masanya dan yang penting kita faham kita tidak menganggu seseorang itu dengan pujukan bagi membeli produk mereka. Memujuk bagi menjual dengan teknik yang betul akan menghasilkan jualan. Ini sangat penting dalam bisnes kita. Ini adalah salah satu dari kaedah penting hard selling

Tapi ini yang saya paling lemah iaitu kuasa memujuk secara langsung. Sebab itu saya tidak berjaya dalam perniagaan MLM. Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah memperbaiki kelemahan kita dan mengenal pasti apa lagi kelemahan kita untuk kita perbaiki menjadi lebih baik. Ada improvement pun sudah cantiklahh.. Tapi saya tiada masalah bagi membuat sales letter, juga tiada masalah mempromosikan produk orang lain terutama produk/perkhidmatan kawan-kawan saya. Ikhlas je.. Sebab itu saya syorkan jadilah kawan baik saya, nescaya anda akan dapat untung.. hehehehe...

Ok, sebenarnya Soft Selling vs Hard Selling kedua-duanya mesti jalan seiring untuk menghasilkan jualan yang maksimum, berterusan dan membuat jualan dalam jangkamasa panjang.

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...