Saya seorang 'freelancer'

Membuat kerja sendiri adalah sangat berkaitan dengan bisnes SOHO atau bekerja sendiri dari rumah. Ia juga adalah sebuah perniagaan. Dan seperti mana kita tahu secara umumnya perniagaan itu terbahagi kepada menjual produk dan perkhidmatan. Jika membuat bisnes dari rumah seperti buat kuih, catering dan seumpamanya ramai yang dah tahu, tetapi sehingga kini masih ramai yang tidak tahu apakah perniagaan internet secara terperinci terutama untuk warga emas atau yang berumur sekitar 45 tahun ke atas.

Saya pernah bertanya kepada rakan-rakan di fb tentang bagaimana mereka menjawab apabila ada orang lain bertanya berkenaan pekerjaan. Pelbagai jawapan ditemui. Rupa-rupanya mereka juga seperti saya. Sukar untuk fahamkan orang lain berkenaan perniagaan internet yang kita buat ni. Selalunya saya akan menjawab ringkas sahaja seperti ini "Internet.."

Contoh apabila ada orang bertanya, "Kau kerja apa sekarang ni?" "Internet" Jawab saya ringkas. Jika mereka bertanya lagi "Internet yang macam mana tu?" "Buat laman web.." sambil tersenyum dan berikan kad bisnes. Kalau mereka faham mereka akan cakap "Ohhh..." Kemudian mereka takkan bertanya lagi.. hehehe... Tapi biasanya akan timbul pelbagai persoalan dalam benak mereka. Paling tidak pun mereka akan terfikir "Eh, boleh cari makan ke? Berapa pendapatan dia ni sebulan..?"

Tapi kini saya mendapat jawapan yang lebih sedap di dengar, yang baru saya teringat, tambahan pula saya memang buat bisnes dari rumah samada menjual produk atau perkhidmatan secara offline atau online di internet. Dan perkataan yang lebih sesuai untuk merangkumi keduanya adalah dengan menjawab "Saya freelancer sekarang.. hehe.."

Apa yang dimaksudkan dengan freelancer? Menurut kamus, freelance bermaksud orang yang menjual perkhidmatan kepada pelbagai majikan. Jadi apabila ada orang bertanya.... Hehe.. Saya sudah tahu nak jawab apa. Bagaimana pula dengan anda?

p/s : Saya sedang membuatkan blog orang ni.. Kita jumpa lagi ye..

Adios...!


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...