Iklan atau Promosi kaedah Soft Selling

Hari Selasa yang lepas jadual agak padat walaupun Public Holiday. Dengan majlis perkahwinanlah, meeting, dan personal coaching.. Upsss ia adalah hari cuti umum bagi mereka yang bekerja di Johor sahaja kerana hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Ada beberapa tips untuk mengiklankan bisnes kita. Ambillah kesempatan apabila menghadiri keramaian, perjumpaan atau sebagainya dan mengambil kesempatan melalui perbualan dengan seseorang tu janganlah lupa untuk memberikan kad bisnes walaupun sebelum ni mereka pernah dapat kad bisnes kita. Kalau pandai reka sendiri kad bisnes lagi bagus. Ia akan menjimatkan wang. Buatlah desain atau warna lain pula untuk kad bisnes kita untuk edisi seterusnya. Jadi alasan untuk memberikan lagi kad bisnes tu ada untuk kenalan lama atau kenalan baru kita tu. 

Kenapa kita perlu berikan lagi kad bisnes sedangkan sebelum ni mereka pernah dapat kad bisnes kita? Haa.. salah satu sebabnya adalah agar mereka ingat semula dan mudah-mudahan tertanam dalam fikiran mereka bisnes yang kita jalankan. Bukankah bagus walaupun mereka bukanlah sasaran pelanggan kita tetapi mereka berupaya menjadikan orang lain menjadi pelanggan kita? Kuasa iklan dari mulut ke mulut tu POWER tau..(bukan CPR haa..) huhu..

Tips yang ke-2 adalah dengan menulis ebook. Anda tidak perlu risau bagaimana nak dapatkan idea bagi menulis atau anda memang tahu anda tidak pandai mengarang ayat.., itu tak menjadi masalah. Sekarang ni kan banyak dah ebook yang anda boleh dapatkan dengan percuma aje. Kumpulkan ebook di bawah niche atau dari kumpulan tajuk yang sama kemudian anda cari poin-poin ebok-ebook tersebut dan tuliskan untuk anda berhasil membuat ebook sendiri. Samada anda menjual itu perkara kedua. Tapi untuk tips dalam pos ini anda hanya perlu mengedarkan ebook ini secara percuma sahaja dan dalam ebook tersebut anda boleh selitkan iklan bisnes anda sekali dalam ebook tersebut. haa.. ok tak? Tips yang ke-3...

Pada hari selasa tempohari semasa meeting bagi reunion rakan sekolah, kami dihadiahkan dengan kalender kuda dari seorang rakan sekolah saya yang kini menjalankan bisnes kedai pakaian dan jahitan. Selalu kita lupa pendekatan ni. Ia bagus untuk bisnes sebab kita akan selalu melihat kalender bagi urusan dan perancangan aktiviti kita sepanjang tahun. Secara tak langsung bisnes kita akan sentiasa dilihat orang dan akan diingati. Untuk perkara yang menguntungkan ini, kita tidak perlu memikirkan modal yang harus dikeluarkan. Bagi saya, ia adalah satu pengorbanan modal yang kecil sahaja.

Memberikan kalender seperti ini bukan sahaja menguntungkan tapi saya yakin ia mendapat pahala kebaikan juga sebab kita telah memudahkan orang lain bagi membuat perancangan sepanjang tahun.

Adios...

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...