Pentingnya bertindak melalui idea anda!

Hari keluarga Hj. Hassan - Chalet D'Punggai Kota Tinggi Johor 2011
Kadang-kadang hanya dari perkara kecil kita boleh jadi hebat. Bagaimana kita nak jadikan ia hebat? Perlulah usaha berterusan, tidak berputus asa dan tanpa jemu. Yang penting ia dijalankan dari usaha dan tindakan. Pernah tak sambil bersembang dengan kawan-kawan dikedai kopi tiba-tiba tercetus idea dan anda kongsikan dengan rakan-rakan berkenaan sesuatu perkara? 

Mungkin permulaannya anda hanya bergurau atau saje-saje cakap je.. Ada perkara yang saya buat datangnya dari perbualan kosong dan saje-saje mencetuskan idea dan banyak daripadanya telah menjadi kenyataan, malah ia menjadi hebat apabila penyertaan bertambah dan berterusan. Antara perkara yang berjaya direalisasikan hasil dari idea saya :

  • Futsal - Asalnya dari bercerita berkenaan permainan PS2 (Winning Eleven) sambil mengeteh.
  • ALUMNI Sekolah - Asalnya dari usaha mengumpulkan 3-4 orang sambil mengeteh kemudian menjadi Re-union batch sekolah yang lebih besar.
  • Family Day - Asalnya dari sekeping gambar yang diupload ke facebook.
  • Dan ada beberapa perkara lain lagi.

Kenapa mencetuskan idea ini penting untuk individu malah kepada kita yang membuat bisnes? Bagi individu saya rasa banyak jawapan yang dapat diberikan. Saling bertukar maklumat akan dapat membantu anda dikemudian hari. Bagi yang membuat bisnes, inilah masanya untuk kembangkan bisnes anda. Ya, mulakan dari kad bisnes anda!

Akhirnya saya pasti anda akan berasa bangga, puas dan bergembira bermula dengan idea kecil anda. Jadi jangan sia-siakan setiap idea yang bermanfaat.

Adios..!


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...