Soft Selling VS Hard Selling

Tergerak saya untuk kali ini menulis berkenaan soft selling dan hard selling. Ini kerana saya sangat perihatin kepada mereka yang masih baru dalam dunia perniagaan terutama dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-duanya iaitu Soft Selling dan Hard Selling? Jom, kita teruskan membaca lagi. Ok, apakah yang di namakan...
Hard Selling

Kita sebenarnya biasa sangat dengan pendekatan hard selling. Cuma kita tidak tahu apakah yang dinamakan hard selling tersebut. Ia sebenarnya istilah yang diguna pakai dalam perniagaan untuk memudahkan memberi penjelasan dalam sebutan bagi peniaga. Kadang-kadang kita nak istilahkan sebagai kaedah promosi yang jelas, terang-terangan dan memang bermaksud untuk terus menjual. Contoh hard selling adalah seperti iklan dan promosi di akhbar, majalah, TV, radio, banner samada secara konvensional atau internet seperti di laman web, blog dan forum-forum, sales letter dan banyak lagi yang seumpama dengannya. 
Seterusnya apakah yang dinamakan...

Soft Selling

Ha, yang ni yang masih ramai yang tidak tahu teknik dan caranya. Sebelum itu apakah yang dinamakan soft selling? Sudah tentu ia berlawanan dengan cara hard selling. Soft selling adalah termasuk dalam kaedah pemasaran cara lembut dan halus. Opss.. Bukan macam 'Sam si sotong' tu jika anda masih ingat lagi la sitcom 2+1. Itu soft spoken+soft motion namanya hehehe.. "Peace No War". Ok, bagaimana yang dikatakan soft selling tu. 

Ia sangat berkait rapat dengan penjenamaan diri seseorang. Semakin ramai orang mengenali anda semakin mudah untuk anda tarik lebih ramai pelanggan. Dan semestinya anda punyai kredibiliti yang baik dan boleh dipercayai. Terus terang saya katakan blog adalah salah satu kaedah pemasaran soft selling. Aktifnya saya menulis akan memberikan gambaran yang lebih jelas dari sudut kepercayaan dan kewibawaan. Tapi saya menulis bukanlah semata-mata mahu menjual atau ingin mendapat untung duniawi, ia adalah ikhlas untuk berkongsi ilmu. Ia ibarat pahala memberi. InsyaAllah dapat juga untungnya nanti dari Allah SWT.

Contoh lain soft selling adalah pemberian ebook secara percuma. Selain dinamakan virus marketing, pemberian ebook percuma juga adalah tindakan yang baik untuk menghasilkan pelanggan. Bak kata omputih, "What You Give You Get Back" inilah rahsianya. Yang paling penting biarlah ikhlas agar pemberian itu orang lain tidak labelkan "ada udang disebalik mee hailam.." huhuhu. Ish, orang tahulah anda ikhlas ke tidak..

Satu lagi yang terlintas di fikiran saya adalah berkenaan cara promosi di Facebook. Memang hebat diperkatakan sekarang. Bagi yang kurang arif atau yang sengaja atau tidak akan membuat promosi terus atau hard selling. Contohnya di halaman yang dibentuk untuk komuniti para peniaga internet. Jika kita letak post berkenaan produk atau perkhidmatan kita secara langsung sebagai contoh "Marilah mendapatkan ebook saya - Rahsia Idea Bisnes-Misteri Master Mine dengan harga yang sangat ekonomi tetapi bernilai tinggi. Itulah misteri yang perlu anda cari-cari selama ini. Nak beli boleh pergi ke link yang diberikan ini http://h2jbiz.com" manakala jika kita meletakkan di ruangan komen dari tajuk yang tiada kaitan langsung kita akan digelar sebagai spammer

Ramai yang tidak gemar dan tidak selesa dengan kaedah ini kerana di situ bukan gelanggang yang sebenar untuk kita meletakkan iklan dan mempromosi mem'khinzir' buta macam tu. Satu lagi sebabnya adalah ia bukan lagi akan jadi tempat memberi dan berkongsi pendapat kerana lama kelamaan ia akan jadi medan bagi promosi dan iklan semata-mata jika tidak dikawal. Sebab itulah rakan komuniti anda tidak menggemari kaedah hard selling. Nak buat hard selling ada tempat-tempat yang sesuai baginya. 

Saya sendiri telah membuat sedikit kajian apabila menubuhkan laman 'Gabungan Usahawan SOHO Malaysia' atau GUSMA di Facebook sejak beberapa bulan yang lalu. Saya membiarkan dan tidak mengawal laman tersebut dan membiarkan ahli meletakkan sebarang iklan berkaitan perniagaan SOHO. Akhirnya ahli GUSMA semakin berkurangan dari hari ke hari. Ini menunjukkan lebih ramai yang tidak suka dari yang suka. (Saya sedang mencari rakan untuk dijadikan pentadbir bersama bagi mengawal perkara berkenaan di masa akan datang). 

Contoh soft selling yang kita boleh gunakan adalah seperti "Ramai dikalangan kita tidak tahu bagi memulakan bisnes apatah lagi memilih idea yang sesuai buat mereka. Ada banyak cara saya tunjukkan beserta tips dan panduan dalam ebook saya untuk mula dan seterusnya berjaya menghasilkan jualan sebagai peniaga. Antara tips yang terkandung dalam ebook saya itu adalah..bla, bla, bla, bla... Apa pendapat anda?". Itu satu contoh sahaja.. hehe.. Errr. soft selling ke tu? Jika anda selesa, ia adalah soft selling..

Tapi tidak dinafikan ada yang suka cara hard selling dan ada yang tak suka. Tapi kita perlu guna kedua-duanya iaitu kaedah soft selling kemudian hard selling sebagai cadangan. Apa-apa pun dalam mencari dan menjana pendapatan anda yang tentukan kaedah mana yang lebih sesuai buat anda. Yang penting anda selesa, orang lain pun selesa juga. 

Adios...

8 ulasan:

  1. Terima kasih tuan dalam perkongsian.
    Tengok tempat dulu untuk buat hard selling.
    Tapi soft selling, kat mana-mana pon boleh buat.
    Betulkan jika saya salah. :D

    BalasPadam
  2. Sama-sama Tuan Mohd Ashraf.
    Betul. Hard selling ada tempatnya manakala soft selling di mana-mana boleh buat. tapi yang sukar memang soft selling.
    Bagi hard selling jika diletak kena pada tempatnya akan memberi pulangan yang baik. :D

    BalasPadam
  3. Insightful... Dan benar sama sekali :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Tuan Irwan :) Datang juga tuan ke blog saya.. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. terima kasih info ni banyak membantu -nutricantikblog

    BalasPadam
  6. terima kasih..info yang sangat membantu

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...