Perjumpaan Terbesar IM Malaysia di WangCyber Gathering

Salam sejahtera rakan pembaca sekelian.
Agak terlewat bagi saya menulis berkenaan berita sepanjang WC Gathering 2011 berlangsung. Acara yang telah di adakan pada hari Sabtu 23hb Julai yang lalu dengan tema "Next Level" telah banyak memberikan inspirasi buat saya dan rakan-rakan IM. Pertama kali di adakan di salah sebuah lokasi kerajaan yang bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan di Putrajaya. Seramai lebih dari 110 usahawan internet berjaya dikumpulkan dalam satu-satu masa.
Pada kali ini saya melihat gabungan antara Wang Cyber dan PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia) berjaya menyusun agenda yang baik untuk dikongsi oleh para IMers. Sesi pendaftaran dari jam 8.30am-9.00am, adalah beberapa cenderahati yang menarik yang dapat dibawa pulang .


Acara dimulakan oleh moderator majlis saudara Gero Azrul yang juga merupakan Presiden bagi PUIM. Kemudian beliau mempersilakan naik ke atas pentas pengasas forum WangCyber, saudara Mohd Suhaimy Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai Shuth untuk memberikan ucapan. Sesi seterusnya adalah seperti berikut : 
  1. Ucapan seterusnya adalah daripada Penaung Persatuan Usahawan Internet Malaysia iaitu Dato’ Dr. Mohd Noor Al Akbari yang juga merupakan Ahli Eksekutif Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pusat.
  2. Taklimat dari Webcash.com.my dan tandatangan MoU antara WangCyber dan Webcash. Saya melihat fungsi Webcash adalah sama seperti Pay Pal tetapi lebih fleksibel berbanding Pay Pal. Bravo! Satu alternatif terbaik buat rakyat Malaysia yang ingin menggunakan servis internet banking dan kad kredit/debit.
  3. Seterusnya adalah perkongsian dari speaker yang merupakan usahawan internet yang telah berjaya dan terkenal seperti saudara Ammar Zahar, Gobala Krishnan, Adly Mukhtar, Jamal Bahari, Noorizam Shah, Adhika (IM yang dibawa dari Indonesia) dan akhir sekali dari saudara Rahman Basri.
  4. Taklimat khas adalah datangnya dari saudara Mohd Rozmie a.k.a JimieRay yang membawa misi amal dengan tema "Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata" untuk mohon sekurang-kurangnya sumbangan sehelai baju raya yang baru dari rakyat Malaysia dengan sasaran 10 ribu pasang baju raya buat anak-anak yatim terutama dipelosok pedalaman seluruh negara sebelum 25hb Ogos 2011. Anda boleh layari juga di www.sehelaibaju.com
  5. Akhir sekali adalah minum petang, networking dan bersurai jam 6.00pm.
Selama ini kita hanya berkomunikasi menerusi keyboard komputer yang diketik tetapi pada hari tersebut IMers berkumpul dan berjumpa secara LIVE lagi.. Apa hasil yang IMers dapat bukan sahaja mendengar ucapan, makan & minum, perkongsian dari speaker-speaker terkenal malah perkongsian sesama ahli pelbagai niche semasa dan selepas acara pada hari tersebut. Ia sangat berbaloi dan saya akan cuba untuk hadir lagi pada masa akan datang InsyaAllah.

Kali ini Shuth telah umumkan bahawa kemungkinan akan di adakan setiap tahun dan bukan lagi 3 tahun sekali yang telah di buat untuk kali ke-dua yang jatuh pada tahun ini.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...