Berkat Bulan Ramadhan

Bisnes sempena bulan puasa ni ramai yang tertumpu dengan persiapan untuk berhari raya. Bermakna, bagi peniaga-peniaga baju, kuih-muih, air atau sumber dari bahan mentah untuk membuatnya juga laku dan untung berkali ganda. Jadi bagi kita sebagai peniaga yang bukan menjual selain keperluan berpuasa dan berhari raya, apakah sumber pendapatan kita akan terjejas? Oh tidak, selagi kita boleh promosi dengan cara yang berbeza dari selalu yang kita buat, selagi itu juga kita boleh menjana pendapatan.
Bermakna, kita kena tukar strategi. Mungkin juga kali ini kita perlu lebih banyak bersedekah atau memberi produk perkenalan dengan percuma dan sasarannya adalah selepas raya, ok juga betul tak? Ok tipsnya adalah tukar strategi jika pendapatan dibulan puasa ini semakin merosot. Bagi para peniaga yang menjual barangan, makanan atau minuman tidak kiralah secara konvensional atau internet cuba berikan yang terbaik dari segi harga dan sumber. Contohnya makanan. Carilah sumber yang bersih lagi halal. 

Jangan nak kaut untung semata-mata. Kita ni nak beri sesuatu yang orang lain makan kenalah cari juga dari sumber yang tidak meragukan kita sendiri. Orang islam yang membeli dengan kita sudah yakin dan memberi amanah buat kita sebab itu mereka  berbelanja di gerai kita kerana percaya bahawa kita mendapatkan sumber yang terbaik lagi halal buat mereka. Jika mereka dapat tahu kita memberi dari sumber yang tidak halal, bagaimana perniagaan kita pada hari-hari berikutnya? 

Sumber dari akhbar Harian Metro

Hari ini 3hb Ogos 2011, saya terbaca artikel di muka hadapan akhbar Harian Metro bahawa sosej yang dibeli di bazar ramadhan mengandungi DNA babi. Erkkk.. mahu cari pendapatan halal dan berkat, cari jugalah dari sumber yang tiada sebarang keraguan halalnya. Jika sudah ada cop dari JAKIM tu kita yakinlah juga, sekurang-kurangnya jika sebarang aduan diterima, kita boleh rujuk dari pihak JAKIM sendiri dan itu bolehlah dimaafkan. Semoga perniagaan kita akan berkat dan rezeki kita akan bertambah-tambah makmur selepas ini.

Adios..

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...