Papan Tanda Kedai yang Efektif

Bismillah

Promosi iklan percuma

Tujuan utama papan tanda kedai adalah memberitahu, mempromosi, mengiklan, menanamkan visualisasi dalam minda orang yang lalu lalang disekitar kedai kita bahawa kita menawarkan produk atau servis perniagaan kita.
Papan tanda memberikan impak jenama buat bisnes kita juga. Sepatutnya kita tidak ambil mudah mendesain, mencorak, mewarnakan dan menamakan kedai kita pada sebuah papan tanda.

Apa yang penting sebelum membuat sebuah papan tanda untuk kedai kita?

Kita harus memikirkan nama kedai, warna tema dan desain.

Nama Kedai
Nama kedai memberi impaknya tersendiri. Berikan nama untuk kedai kita agar orang lain mudah membaca dan ingat apa yang kita jual. Elakkan memberi nama kedai yang sukar dibaca, hurufnya kecil dan yang susah nak sebut. Biar huruf dan warna pada huruf itu jelas. Tidak semestinya nama syarikat atau perniagaan yang sudah didaftarkan di SSM kita letakkan untuk nama kedai. Mungkin ia tidak sesuai dan kurang sedap disebut.

Nama kedai hendaklah jelas walau dari jauh dilihat. Nama kedai yang takde makna takpe. Yang penting ia boleh menjadikan jenama perniagaan kita.

Buatkan slogan. Slogan biar ringkas dan padat untuk orang ingat. Slogan kecil sedikit dari nama kedai. Jika nama kedai kita sudah menggambarkan perniagaan kita, ia lebih baik ada slogan. Jika nama kedai kita adalah unik tanpa makna tertentu, wajar kita beritahu apa yang kita niagakan dengan gantikan slogan tersebut.

Elakkan dari menggunakan bentuk tulisan atau font yang sukar nak dibaca walau ia kelihatan cantik.

Warna Tema
Warna memainkan peranan penting juga. Ada warna untuk tarik mata orang melihat kedai kita. Seperti warna yang terang contohnya warna kuning, jingga dan merah.

Desain
Elakkan guna corak yang berserabut yang menenggelamkan nama papan tanda kedai kita walau ia nampak cantik. Tetapi boleh sahaja corak tersebut memberikan kelainan dengan barisan papan tanda kedai lain yang membuat mata tertarik melihat asalkan beritahu  orang lain melalui nama kedai apa yang kita niagakan.

Kalau kita berniaga sebagai contoh barangan ketukangan, elakkan buat desain seperti corak makanan ringan seperti chewing gum. Kerana itu persepsi pertama orang yang melihatnya buat kali pertama.

makanan ringan


Ok setakat tu je tips dari saya. Jumpa lagi......

Adios!

PEMASARAN MOHOR D'NAGA!!?

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu..

Nak tahu?
KLIK DI SINI

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...