Perbezaan Storytelling VS Copywriting yang Memukau!!!

Bismillah
copywriting yang memukau

Salah satu kaedah softselling paling berkesan adalah storytelling. Storytelling sebenarnya dah lama dipraktikkan cuma ramai orang tak perasan je. Banyak jenis dan cara storytelling yang digunapakai bagi mendidik, memberitahu, memperkenalkan, menunjukkan faedah dan manfaat bagi menyampaikan sesuatu maksud tertentu agar sampai ke pengetahuan orang ramai. Ia boleh berlaku melalui audio, video dan teks.

Kalau copywriting berunsur hardselling, storytelling pula berunsur softselling. Bukan menjual dengan terang dan nyata tetapi memberitahu agar orang ramai tahu dan timbul minat untuk membeli. 

Apakah yang mahu dikongsikan dan memberitahu berkenaan kelebihan produk seorang penjual itulah storytelling yang akan dibuat. Siapakah sasarannya, apakah bentuk storytelling yang akan digunakan, itu semua akan disusun dan matlamatnya mestilah sampai kepada prospek dengan cara yang lebih menarik untuk diketahui.

Saya bagi contoh satu storytelling yang saya buat menggunakan perkataan berbentuk penceritaan atau kisah berkenaan seseorang yang saya letakkan di facebook. Contoh...

=======================================
ANAK KECIL MERAUNG TERSIRAM AIR PANAS!!!
=======================================

Suatu hari Rafdi mengunjungi ke rumah sahabat baiknya Salman setelah lama tidak berjumpa. Bermusafir si Rafdi ni dari Johor ke Penang atas urusan perniagaan. Kebetulan Rafdi mendapat tahu yang sahabat baiknya Salman yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah lagi telah menetap di Pulau Pinang kerana bekerja, berkahwin dan telah pun menetap di sana.

Dalam pada seronok berbual tu tiba-tiba terdengar suara anak lelaki kecil sekitar umur 5 tahun, meraung dan berlari mendapatkan Salman sambil 
menunjukkan lengannya yang pijar kemerahan.
Ditanya, kenapa ni?
"Kena air panas..." Sambil menangis teresak-esak. (Tak tahulah kerana pedih sangat ke atau takut kena marah dengan Salman bapanya). 
Mengeluh Salman dengan apa yang terjadi kepada anaknya Sahrul.

=========================================
APA YANG ADA DALAM POKET SELUAR RAFDI???
=========================================

Dengan segera Rafdi menyeluk sesuatu dalam poket seluarnya. Rafdi 
mengeluarkan CMD yang dia akan dan memang selalu dibawanya ke mana-mana sebab botol CMD ni mudah disimpan dan dibawa kerana saiznya yang kecil.
Diambilnya lengan Sahrul, dititiskan CMD ke lengan anak kecil itu dan disapu lembut.
Salman tanya, "Apa tu Adi?"
"Inilah CMD produk kesihatan pelbagai guna.. Aku memang bawak CMD ni ke mana-mana sebab senang nak bawa. Masuk poket je.."
"Aku ngeteh dengan kengkawan kita yang lain pun aku titis je kat air minuman aku" sambung Rafdi lagi.

======================
SELANG BEBERAPA HARI...
======================

Salman menelefon Rafdi.
"Assalamualaikum Adi, tangan anak aku yang melecur tu dah mula nampak nak baik la Di, terimakasih lah banyak-banyak.." Terdengar ceria sungguh suara Salman.
"Syukurlah, alhamdulillah... Ingat Man, yang menyembuhkan bukan CMD. Tapi Allah SWT.. CMD asbab sahaja.." Jawab Rafdi penuh tawadduk..
*Begitulah kisahnya... Banyak perkara yang sama seperti kisah di atas tetapi yang bestnya kisah seumpama ini telah ada testimoninya dari penggunaan CMD.
Jika ada di antara pelanggan saya suatu hari nanti yang mempunyai kisah yang sama, PM atau Whatsapp kat saya. Saya nak bagi hadiah PERCUMA e-book jualan di FB..

‪#‎ProudToBe72‬
‪#‎StandUnited‬
‪#‎Richvellian72‬

www.richvellian72.com

Di sini matlamat utama saya adalah bagi menunjukkan kelebihan yang terpencil produk CMD yang ramai orang tak perasan ialah berkenaan botol CMD yang boleh atau mudah dibawa ke mana-mana hanya dengan memasukkan di dalam poket seluar sahaja.

Matlamat kedua adalah seperti kelebihan CMD adalah pelbagai guna, bukan sahaja untuk dititis dan diminum tetapi mampu mengubati penyakit luaran seperti terkena air panas pada kulit.

Cara ayat di susun di fb perlu dibuat seperti contoh di atas kerana fb tidak boleh ditebalkan ayat, tak dapat tunjukkan kesan teks sepertimana yang kita boleh lakukan di forum online, web dan blog.

Tajuk atau header yang hendak diberi kesan eyes catchy perlu dihighlightkan dan menggunakan teks huruf besar.  

Saya juga menyampaikan pesan kepada semua orang yang masih belum mendapatkan produk CMD dengan tarikan yang berbentuk percuma seperti tawaran e-book.

Tak lupa saya manfaatkan setiap peluang dalam storytelling ni adalah seperti penggunaan #hashtag.

Apa sahaja anda boleh lakukan untuk up status post. Yang penting perlu kreatif. Kalau boleh buat sesuatu yang lain dari yang lain.

Bagi copywriting ramai yang dah tahu tujuan serta teknik membuatnya. Jadi rumusan saya antara copywriting dan storytelling, masing-masing punyai kelebihan tersendiri dan tugas yang berbeza mengikut kesesuaian keadaan dan tempat.

Itu je setakat hari ni. Jumpa lagi..

Adios!

PEMASARAN MOHOR D'NAGA!!?

Jika dulu tidak pernah mendapat jualan a.k.a GAGAL, atau dulu dah penat berusaha tapi hasilnya CIPUT!!? Sudah-sudah-lah tu..

Nak tahu?
KLIK DI SINI

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...