Cara Mengambil Rakan Kongsi

Bismillah

Tidak semestinya kita harus bersetuju dengan kesemua pandangan sifu kita. Sebab kita juga mungkin ada sifu lain yang berpandangan yang berbeza serta kita bersetuju dengannya. Mungkin juga kita tidak bersetuju disebabkan ilmu serta pengalaman yang menidakkan pendapat sifu kita tu. Tapi bagi saya yang melihat ilmu sifu serta pengalamannya biasanya paling tidak pun kita hanya tidak akan bersetuju dengan pendapatnya mungkin dalam anggaran 10 - 15 peratus sahaja.

Logo PTS

Puan Ainon adalah pengerusi syarikat penerbitan buku PTS. Syarikat penerbitan buku tersohor ini menerbitkan buku-buku bahasa melayu paling berkualiti. Puan Ainon adalah guru bisnes kami yang saya paling disegani dan banyak menerima idea-idea bernas, ilmu dan pengalaman dari beliau.

Dalam banyak-banyak ilmu yang diberikan, ini adalah yang paling menarik perhatian saya langsung saya mahu masukkan pandangan beliau ke dalam blog saya ni..

Berikut di bawah ini adalah pendapat beliau berkenaan cara mengambil rakan kongsi perniagaan.

Cara mengambil business partner dan memberikan saham: 
Cara begini adalah salah 
Kita panggil kawan-kawan baik kita yang kita percayai dan kita pun berbual-bual macam mana hendak sama-sama membuka bisnes.
Masing-masing memberikan idea masing-masing bisnes apa yang bagus. Macam-macam idea mereka kemukakan.
Masing-masing excited hendak masuk dalam bisnes itu. Mereka sangat teruja. Masing-masing sangat teruja hendak memulakan bisnes itu.
Masing-masing setuju hendak menyumbang kepada bisnes itu. Masing-masing memberitahu apa yang mereka pandai buat, dan sanggup buat.
Masing-masing mahu jadi partner dan ada saham dalam syarikat yang akan didaftarkan nanti.
Masing-masing membayangkan kerja-kerja macam apa yang mereka sanggup lakukan untuk bisnes itu nanti. 
Jangan buat macam itu. Silap besar
Beginilah cara yang betul memilih partner dan memberikan porsi saham syarikat kepada rakan-rakan kongsi: 
STEP 1: Kita berfikir sendiri dan kita buat keputusan sendiri mahu mendaftarkan syarikat, dan membuka bisnes.
Fikir sorang-sorang. Buat keputusan sorang-sorang.
Contohnya, kita mahu membuka gerai Mee Jawa Asli. 
STEP 2: Dalam otak kita, kita mahu ajak Hj. Bakhil jadi rakan-kongsi. Dia banyak duit. Lalu kita pergi jumpa Hj. Bakhil.
Kita cakap macam ini: "Selamat pagi, Tuan Haji yang baik hati. Saya mahu buka gerai Mee Jawa Asli. Apakah tuan mahu jadi rakan-kongsi saya? Tuan Hj. keluar modal RM6k. Saya beri Tuan Hj. 10% saham dalam syarikat saya."
Hj. Bakhil mungkin minta lebih porsi saham. Boleh nego! 
STEP 3: Dalam otak kita, kita mahu ajak Sudin jadi rakan-kongsi ke-3. Sudin pandai memasak mee jawa. Lalu kita pergi jumpa Sudin.
Kita cakap macam ini: "Selamat pagi, Sudin yang hensem. Saya mahu buka gerai Mee Jawa Asli. Apakah kamu mahu jadi rakan-kongsi saya? Kamu jadi tukang masak. Saya beri kamu 10% saham dalam syarikat saya."
Sudin mungkin minta lebih porsi saham. Boleh nego. 
NOTA PENTING: Sebagai pendiri syarikat, simpan minimum 70% saham di tangan kita! (Jangan tanya kenapa... Ikut cakap saya!)

 - Puan Ainon Mohd

Ok saya rasa setakat itu perkongsian saya kali ini. Jumpa kita di lain masa ye..

Adios...

JOM! BELAJAR TEKNIK BISNES KEJAYAAN

Jika anda berminat untuk membuat bisnes atau anda pernah GAGAL dalam bisnes anda, saya rekomen anda untuk belajar dengan saya melalui Personal Coaching secara online atau offline. Lebih pantas untuk anda mencapai kejayaan anda In sha Allah.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...