Penjenamaan baru untuk blog...

Bismillah..

Sebenarnya dalam kesibukkan masa dengan perniagaan dan kehidupan, saya sedang terfikir untuk menjenamakan semula blog ini. Tapi tak lari la dari mesej berkaitan bisnes. Hehe.. Tak tahu lah bila dapat buat...

Cumanya lepas ni ia lebih santai berkenaan bisnes dan perjalanan hidup peniaga SOHO (Small Office Home Office) seperti saya.

Penjenamaan dalam bisnes itu bagus. Sebab bila kita nak menjual, selalunya pelanggan nakkan kepercayaan dan keyakinan sebelum berurusan atau sebelum membeli dengan kita. Antara perkara yang membuat seseorang itu yakin adalah siapa kita kerana itulah jenama kita.

Penjenamaan
kredit untuk : kirwancommunications.com

Jenama melibatkan diri kita secara keseluruhannya. Diri kita, pakaian kita, perbuatan kita, percakapan kita dan berapa lama seseorang itu kenal kita sehingga ia yakin untuk membeli dengan kita. Ia sebagai satu tarikan seseorang kepada kita. Apa yang membuatkan mereka boleh tertarik dengan kita? Apa yang boleh mereka teringat kat kita? Sudah pasti mereka ingat untuk nak berurusan dengan orang yang baik pada pandangan mata mereka yang tak mungkin kita sebagai peniaga ni akan menipu mereka. Dengan jenama, produk kita mampu terjual dengan sendiri.

Di alam cyber ni terutama di forum online dan laman-laman sosial seperti facebook, instagram, twitter, whatsapp dan sebagainya, perkara paling asas adalah kita perlu cipta imej profil jika kita ni seorang peniaga. Imej profil hendaklah berkaitan dengan bisnes kita. Biarlah gambar sebenar kita menjadi asas untuk imej profil kita, tapi letakkanlah background atau ada tanda berkaitan bisnes sekali di dalam gambar kita tu. Sebab apa? Sebab ada orang kurang selesa bila bercakap dengan kita tetapi tidak tahu siapa kita. Mereka ingin membayangkan dengan siapa mereka berurusan. Melainkan jika di facebook sebagai contoh, imej profil tu bolehla di letakkan gambar produk utama kita melalui fanpage/business page yang kita cipta.

Penjenamaan boleh diubah atau diperbaharui. Tapi janganlah selalu berubah. Jenama juga terkait dengan kepakaran kita dan niche bisnes kita. Kita perlu kerap dan konsisten dengan idea bisnes kita. Berikan tips yang baik berkaitan bisnes dan berkaitan produk. Boleh bercakap berkaitan rutin harian lain agar tidak nampak bosan. Hormati orang lain. Elakkan dari bercakap perkara yang orang lain tak suka. Oleh itu jaga jenama kita agar tidak tercalar di mata orang ramai. Kerana jenama itu sukar dan mengambil masa yang lama untuk dia naik.

Sehingga jumpa lagi... Adios!


PERCUMA! PERCUMA!! PERCUMA!!!

E-book PERCUMA untuk anda yang di dalamnya terdapat motivasi dan tips perniagaan. Dapatkan e-book ini dan di samping itu anda juga akan disediakan tips dan peluang bisnes yang menjana pendapatan dari semasa ke semasa. >>KLIK DI SINI<<

2 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...