Bila Bisnes Konvensional Guna Konsep Networking

Bismillah...

Nak cepat kaya

Hari ni saya ada masa lapang sedikit untuk menulis. Beberapa hari sebelumnya sibuk dengan mengambil upah membuat blog shopping cart pelanggan.

Bisnes MLM - Multi Level Marketing di Malaysia sedang berkembang pesat. Ramai jutawan telah dilahirkan dengan kurangnya risiko kerugian. Lainlah kalau tak menuntut ilmu dan tak mahu langsung berusaha. Angan-angan akan tinggal kenanganlah jawabnya.

Jika anda tidak minat bisnes MLM sekalipun tak mengapa. Tiada paksaan buat anda. Tapi berusaha jugalah untuk berjaya dengan membuat bisnes konvensional yang anda suka nak buat. Cari kecenderungan dan minat anda dimana, dan buatlah bisnes.

Ini adalah satu idea. Terpulang jika anda mahu gunakannya atau tidak. Atau anda setuju ke tidak. Sekarang kita lihat banyak syarikat konvensional bertukar ke pemasaran networking. Contohnya syarikat TELCO Clixster-Ameen. Clixster menjual kad simnya secara runcit manakala Ameen membuat program networking. Ternyata strategi ini membuahkan hasil yang lebih baik.

Jika anda ingin membuat bisnes dan mahu berjaya dengan lebih cepat, anda perlu memikirkan juga berkenaan rangkaian pemasaran anda. Bukan saya ajak anda menukar bisnes anda dan menjadikannya bisnes MLM. Tak! Nak senang faham saya bagi contoh. Anda menempah satu blog Shopping Cart. Tapi bukan untuk anda seorang. Anda buatlah dengan isteri atau adik beradik anda yang lain. Masing-masing memasukkan modal dan produk masing-masing menggunakan satu blog. 

Kenapa? Kerana jika ramai, lebih ramailah orang lain akan tahu. Bayangkan anda punyai kenalan. Adik beradik anda juga punyai kenalan yang tersendiri. Mereka juga ada tempat-tempat promosi yang tersendiri. Yang kita mahu adalah trafik. Bila trafik banyak maka ranking blog juga akan naik dan nak buat untung melalui jualan di blog akan lebih berjaya. Kerana orang ramai akan lebih mudah jumpa blog kita. Tak gitu?

Jadi jangan tunggu lagi. Akan datang kita akan terpaksa buat dua pekerjaan. TERPAKSA. Jangan sampai orang lain dah meroket ke langit kita masih di atas bumi yang sedang menghadapi gempa.

Adios!


PERCUMA! PERCUMA!! PERCUMA!!!

E-book PERCUMA untuk anda yang di dalamnya terdapat motivasi dan tips perniagaan. Dapatkan e-book ini dan di samping itu anda juga akan disediakan tips dan peluang bisnes yang menjana pendapatan dari semasa ke semasa. >>KLIK DI SINI<<

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...