KFC VS Marrybrown

Bismillah...

Persaaingan dengan gergasi bisnes

Memang hingga pos ini di tulis, KFC dan McDonald masih lagi menjadi gergasi peneraju restoren makanan segera yang tidak boleh disangkal lagi. Macam dah tak nampak lagi restoren makanan segera pilihan pertama lain selain dua gergasi ni. Mereka sudah jadi gergasi. Bagaimana kita mahu menumbangkan si gergasi bagi menjadi peneraju utama bidang yang sama?


Huh..! Dah, tak yah fikir la untuk tumbangkan dia dengan resipi yang sama kita. Sama jugakla jika minat dan membuat bisnes yang sama bagi bersaing dengan peniaga yang sudah ada nama dengan pendekatan yang sama. Bermakna semuanya sama-lahh.. Tak payah..

Sekarang ni apa yang kita perlu buat? Kita perlu membuat sedikit kelainan kalau tak banyak pun. Kita perlu berfikir lebih kreatif, tak pun perlu inovatif-kan produk kita kepada pelanggan. Satu contoh ketika saya ke Marrybrown, (anak saya desak untuk makan di situ huhu..) saya order pesanan yang biasa saya order di KFC satu 'snack plate'. Masa makan tu saya rasa Marrybrown ada membuat perubahan baru. Apa perubahan baru tu? Ia dari segi rasa ayam gorengnya yang kini sudah lebih berempah tak macam dulu walaupun ia bermusim, tapi ada kelainan lain seperti kentang goreng rangupnya. Fuhh.. Meme terbaik..!

Resipi yang berbeza dalam bisnes

Sehingga ke saat ini, anak saya akan berkata dengan saya untuk makan di Marrybrown lagi.. Adhoiiyaii...

Itulah satu contoh produk yang sama tetapi mempunyai kelainan dari gergasi pasaran niche yang sama dengan produk kita. Ok, rumusannya, jika mahu bersaing dengan pesaing gergasi niche yang sama, tampilkan kelainan dan kelainan itu mestilah mempunyai tarikan atau kelebihan yang kuat untuk menjadi kegemaran pelanggan.

Jumpa lagi insyaAllah.... Adios! 


PERCUMA! PERCUMA!! PERCUMA!!!

E-book PERCUMA untuk anda yang di dalamnya terdapat motivasi dan tips perniagaan. Dapatkan e-book ini dan di samping itu anda juga akan disediakan tips dan peluang bisnes yang menjana pendapatan dari semasa ke semasa. >>KLIK DI SINI<<

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...