Apa maksud OPM dan OPE

Bismillah...

Semalam di facebook ada seseorang bertanyakan apa yang di maksudkan OPM? Saya dengan yakin dan bangganya mengatakan bahawa saya pernah menulis di blog ni dulu berkenaan OPM malah OPE juga. Hari ni, bila saya cari-cari tak jumpa! Laaa.. Mana pi hilangnya ye? Saya rasa memang pernah buat post berkenaan ni dulu... Aduhaiii... Nampaknya saya kenalah buat semula.

Istilah dalam bisnes berkenaan OPM dan OPE ni sebenarnya dah lama dan dah ramai orang tahu. Tapi kita silap juga bila tak pernah refresh perkara ni berulang kali sebab, sebabnya ada yang dah tahu mungkin akan bosan dengan penerangan kita. Tapi kita kena juga lihat generasi bisnes yang baharu, mereka yang mahu belajar berkenaan bisnes mungkin tidak pernah dengar berkenaan begitu banyaknya istilah-istilah yang digunapakai peniaga senior.

Ok, apa yang di maksudkan dengan OPM?
OPM adalah singkatan bagi perkataan Other Person/People Money. Tapi apa maksud Other People Money tu pula? Other People Money itu bermaksud kita berniaga tidak menggunakan modal kita sendiri. Sebenarnya ini adalah salah satu pemikiran yang kreatif untuk buat bisnes. Mungkin kita tiada modal untuk buat bisnes, mungkin juga kita tidak mahu memberi risiko kewangan kepada diri kita tapi kita ada idea. Contoh, apabila idea kita itu sangat menarik dan bagus kita boleh gunakan duit atau wang orang lain bagi merialisasikan bisnes kita. Bagaimana? 

Sebagai contoh, kita buat satu kertas kerja atau proposal berkaitan bisnes dan keuntungannya bagi meyakinkan orang yang berduit atau orang yang kaya. Orang kaya tersebut pasti mahukan keuntungan hasil dari idea bisnes kita lalu membuat perjanjian dan persetujuan bersama, samada mereka akan bagi tajaan, pinjaman atau mahukan perkongsian. Itu satu definasi. 

Maksud yang lain adalah contohnya anda membeli rumah untuk disewakan. Membeli rumah biasanya orang akan berhutang. Tetapi ini adalah contoh hutang yang baik kerana rumah adalah aset yang biasanya akan naik asetnya. Orang yang sewa rumah anda itu memberikan keuntungan yang berterusan buat anda. Kiranya anda mendapat keuntungan yang pasif buat diri anda dengan wang orang lain. Anda ada aset iaitu rumah sewa, malah dengan wang sewaan yang penyewa rumah anda bagi itu anda dapat membayar hutang bank tanpa menyusutkan kewangan anda. Seolah-olah penyewa itu menanggung hutang rumah anda!
*Perlu diingat, aset adalah harta dan wang anda!

Maksud OPM dan OPE
Zizan Raja Lawak
OPE - Other People Effort
Ok, OPM saya rasa dah jelas. Bila OPE dengan tajuk di atas sudah separuh jelas dah ni kan? Baik, saya sempurnakan maksudnya. Secara ringkasnya kita mendapat duit atas hasil usaha, ikhtiar, daya kreativiti orang lain. Contoh paling mudah. Saya rasa ramai kat rumah tu ada siaran ASTRO. Kalau takde pun mungkin pernah tengok rancangan-rancangan ASTRO kat mana-mana. Pihak penyiaran TV ASTRO banyak menyediakan rancangan berbentuk hiburan. 

Contoh AKADEMI FANTASIA dan MAHARAJA LAWAK. Dengan program yang terkenal di samping artis yang terkenal diminati ramai, ASTRO mendapat duit hasil dari undian SMS dengan menyediakan program seumpama itu. Juga dengan mengadakan program yang glamour tu dia juga mendapat tajaan dan iklan. Duit yang ASTRO dapat sudah dari cukup untuk mendapat keuntungan selepas di tolak kos awal dan kos hadiah. Betul tak? Dari mana mereka dapat duit, anda sudah pun tahu. Kita lihat bagaimana sumbangan artis yang terlibat memberikan pulangan yang lumayan buat mereka.

Sekarang dah fahamkan apa maksud OPM dan OPE? Oleh itu saya nak berehat dululah ye.. Adios!



Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...