Strategi Memikat Prospek : Pengenalan

Bismillah...

Alhamdulillah, saat saya menulis ni saya dalam proses pemulihan kesihatan yang menyebabkan perjalanan bisnes saya terhenti beberapa bulan. Ada jugalah peristiwa-peristiwa yang sukar dan menyedihkan sepanjang beberapa bulan yang lepas, tapi saya redha akan ketentuan dariNya. Banyak hikmah yang dapat saya pelajari. dan jika kita tahu hakikat semua itu, kita tidak akan menyesali setiap apa yang telah pun berlaku.

Kenapa saya dapat survive? Itulah kuasa yang Maha Berkuasa iaitu Allah. Dialah yang memberikan rezeki buat semua hambanya. Jadi apa yang perlu kita takut?

Saya berhenti kerja makan gaji dulu pun atas keyakinan saya. tapi belajar dahulu sebelum itu, rancang dan buatlah dengan bersungguh-sungguh barulah kejayaan itu akan datang kemudian. Saat jatuh bangun dalam perniagaan itu biasa. Tapi kerana kita jatuh, kita dapat belajar sesuatu yang berharga dan akan membuatkan kita lebih berjaya.

Sebenarnya saya belajar banyak jenis bisnes, ramai jenis guru, banyak jenis sumber dan pengalaman. Saya memilih bisnes SOHO (Small Office Home Office) atau bekerja dari rumah sebagai pilihan saya. Niche saya adalah kepada bidang Motivasi dan Konsultansi bisnes kecil. Sekarang ni bisnes saya lebih tertumpu dalam memasarkan produk dan perkhidmatan di internet. Tetapi bimbingan saya kali ini adalah lebih khusus buat anda yang mahu kaya tanpa menjadi usahawan sebenar tapi andalah usahawan... 

Pening?

Sebenarnya ia adalah berkaitan bisnes MLM. Walaupun begitu bagi mereka yang nak belajar berkenaan bisnes konvensional lainnya saya rasa ia juga sesuai. Cuma kita perlu mengaplikasikan tips-tips yang akan saya kongsikan ini kepada bisnes yang kita mahu laksanakan.

Perniagaan Multi Level Marketing (MLM), Direct Selling, Network Marketing dan seumpama dengannya tidak memerlukan ejennya mengeluarkan modal yang besar, tak perlu daftar SSM, tak perlu tanggung risiko dan memikirkan kewangan syarikat di bahu mereka kerana semuanya telah diringankan dari masalah-masalah tersebut, tetapi kita tetap bergelar usahawan dan kita boleh kaya dengannya. Itulah uniknya perniagaan ini. Tugas kita hanya menjualkan produk, penajaan serta teknik yang betul yang perlu kita ketahui. 

Zaman ini sudah semakin mudah untuk kita memulakan perniagaan ini walaupun persaingan sudah semakin sengit. Tetapi ingatlah, siapa yang berusaha lebih, dialah yang akan berjaya. Yang malu untuk berniaga tidak ada lagi, yang keseorangan tidak lagi berlaku malah kita banyak mendapat sokongan dari rakan-rakan rangkaian kita. Kalau sesebuah syarikat MLM tidak membina perhubungan ini, tiada jaminan syarikat atau perniagaan ini bakal kekal lama. 

Sebenarnya bimbingan ini sesuai juga buat peniaga yang menjual perkhidmatan atau produk sendiri. Kerana inilah antara asasnya yang boleh diaplikasikan ke dalam perniagaan kita.

Dalam MLM dan seumpama dengannya, saya lebih mencari perniagaan yang lebih berkat. Bukan sebarang perniagaan dalam MLM ni saya join. Saya cari yang patuh syariah dari segi produk dan sistemnya. Saya diperkenalkan oleh orang-orang yang sangat dihormati dalam bidang ini. Saya sangat bersyukur dipertemukan dengan orang-orang seperti ini walaupun bagi saya bidang ini bukan bidang saya, saya telah mendapat ilmu dan pengalaman menerusinya.

Kenapa saya cakap MLM ini bukan bidang saya? MLM ini belum menjadi agenda perniagaan saya yang pertama. Semuanya adalah kerana kebetulan. Kerana bangsa dan agama, kerana mahu kepuasaan menggunakannya dan juga kerana faktor kesihatan yang mulanya hanya untuk menggunakan dan mendapat faedah darinya sahaja. 

Tapi tahukah anda, walaupun saya menggunakan produk-produk ini bukan untuk menaja hanya untuk pakai sendiri membuatkan saya dengan sendirinya berilmu, berpengalaman dan ada testimoni sendiri? Itulah secara tak langsung kita juga boleh mendapat duit sampingan walaupun niat awalnya hanya untuk mengguna. Itu baru satu tips sahaja. Ada lagi yang akan saya kongsikan.

Ok lah, saya harap dengan terhasilnya e-book ini akan memberi manfaat buat anda yang membacanya. Jadi teruskan membaca!

*Ini adalah antara petikan dari e-book yang bakal saya keluarkan nanti. Jika anda tidak mahu terlepas, boleh daftarkan nama dan alamat e-mel di bahagian yang telah saya sediakan di blog ini. Kerana nanti saya akan memberikan link download dalam e-mel yang seterusnya.

**Dalam e-book ini nanti akan lebih jelas produk-produk dan perniagaan yang saya miliki sekarang. 

Daftar sekarang!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...