Daftar Perniagaan Baru di SSM

Bismillah...

Bermula tahun baharu 2014, banyak juga perkara baharu yang saya buat untuk perniagaan saya. Banyak nak belajar dan set-up untuk perkara baru. Sebab tu saya lama tak menulis di sini. Sebab bila menulis perlukan idea, fokus dan masa, jadi saya perlu memilih yang mana harus di buat dahulu walaupun ia bakal me'rugi'kan saya sedikit.

Dua minggu lepas saya bercadang untuk tidak perbaharui lesen perniagaan saya yang lama kerana saya mahu nama baru untuk perniagaan saya pada tahun 2014 ni. Saya tahu sekarang SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia sudah semakin mudah untuk mendaftar dan kini ia boleh dilakukan secara online sahaja. Tapi itu sebenarnya tak terjadi pada saya. 

Samada saya sahaja atau orang lain pun turut sama hadapi masalah yang sama, itu saya tak pasti kerana saya tidak berjaya membuatnya secara online. Adoiii.. Saya fikir apa perlu saya buat? Apa yang perlu saya buat adalah bersabar je lah.. Saya mencari jadual kaunter bergerak SSM yang akan datang pada lokasi tertentu di setiap daerah pada hari-hari yang telah mereka tetapkan.

Bukan saya tak boleh ke lokasi terdekat seperti di Johor Bahru atau Muar, tetapi saya fikirkan nilai masa yang saya ada membuatkan saya menunggu sehingga hari ini pada 20hb Januari 2014, SSM akan singgah di tempat saya di daerah Kluang iaitu di bangunan Gunasama Persekutuan selama dua hari.

Saya sampai, para usahawan yang nak daftar atau perbaharui perniagaan tidaklah begitu ramai walau saya terlewat sedikit kerana pagi-pagi lagi saya diserang kegatalan dibadan dek *gegata. Orang tak ramai mungkin disebabkan tak tahu dan mungkin sekarang ramai dah gunakan secara online sahaja.

Saya tunggu pun tak lama kira-kira sejam dah siap. Sempat juga saya mengeteh (bersarapan) di kantin . Kalau dibandingkan dengan dahulu, dekar sehari baru siap, sekarang sejam dah boleh balik.

Op-Oppp.. Saya rasa saya kena berhenti dulu setakat ni. Jangan marah, saya akan sambung entri ini lagi ye...

KLIK DI SINI untuk ke sambungan entri ni... 

*Petuanya gosok tempat yang gatal-gatal dengan lengkuas yang dipotong dan diracik. Di racik pada belahan lengkuas tu tujuannya adalah untuk memberi kesedapan kelegaan ketika digosok dan untuk mengeluarkan lebih banyak jus lengkuas. Sungguh berasa lega dan cepat baikPenyebab gegata ni ada banyak. Mungkin sebab hama (gigitan haiwan halus), bisa haiwan, alergik contohnya pada makanan tertentu, ubat dan sebagainya. Tapi diingatkan jika berulang ia mungkin bukan disebabkan hama, tetapi mungkin alah kepada makanan. Jika gatal tahan untuk tidak menggaru dan cepat-cepat pi jumpa doktor untuk dapat ubat yang sesuai. Penerangan detail boleh klik di sini.

Adios.


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...