Tak Dapat Online, 'Offline' ke SSM

Bismillah,


Bila ada masalah untuk mendaftar perniagaan di SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia secara online, (bila online boleh tukar kepada bahasa melayu) mungkin disebabkan banyak faktor antaranya mungkin browser yang tak support atau ramai orang yang sedang berurusan secara online, atau SSM sedang menaiktaraf sistem dan beberapa sebab lain jadi saya mengambil keputusan untuk mendapatkan jadual kaunter bergerak yang terdekat di tempat saya sahaja. Jadi kena tunggu dengan melihat tarikh kunjungan mereka. Boleh klik link di bawah.



Kali ni tujuan saya adalah untuk membatalkan perniagaan saya yang lama dan mendaftar dengan nama perniagaan yang baharu. Masa entri ini ditulis, ia tak *serumit, tak semahal dan taklah sampai anda menunggu lama seperti saya buat perniagaan berdaftar pertama saya pada tahun 2007 dahulu. Kos bermula dari RM40 untuk pendaftaran dan renew pada tahun berikutnya dengan hanya RM30(jika mahu renew satu tahun) jika anda mendaftar atas nama anda sendiri seperti di dalam Mykad. Hanya jika anda mahu selain dari itu ia bermula dengan RM60 sahaja setahun (perniagaan milikan tunggal).

*Antaranya masa saya daftar dulu tahun 2007, kena minta pengesahan Pesuruhjaya Sumpah. Dah tentu di situ ada kos lagi perlu di bayar.

Jika anda mendaftar atas nama lain, cari nama yang unik. Nasihat saya, sediakan sekurang-kurangnya 10 nama agar anda tidak kelam kabut memikirkan nama lain jika tiga nama pilihan terawal telah dimiliki orang lain. Pendaftaran perniagaan terendah seperti perniagaan kecil atau pemilikan tunggal adalah sesuai jika anda baru bermula atau hanya menjalankan perniagaan tanpa perkongsian seperti perniagaan Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad.

Kronologi Pendaftaran Bisnes Saya

Kaunter pertanyaan dan penyediaan borang.
Pertama saya bertanya kepada pegawai yang bertugas di sini bersama tujuan saya. Mana yang saya tak faham saya tanya terus kepada beliau. Pegawai tersebut memberikan saya borang yang perlu. Borang utama iaitu borang pendaftaran iaitu borang A. Isi mana yang anda faham, tak faham tinggalkan nanti rujuk semula kepada pegawai yang bertugas. Isi dengan huruf besar.

Saya memang sudah stand by dengan jenis perniagaan yang saya akan jalankan menerusi pendaftaran baharu ni. Sebab jika saya ada buat perniagaan lain dari jenis perniagaan utama saya, saya tak rasa bersalah kerana saya sudah senaraikan jenis perniagaan 'bayangan' saya untuk di isi di dalam borang pendaftaran tersebut. Isi je seberapa banyak jenis perniagaan anda walau anda tidak terfikir untuk melakukannya lagi.

Setelah siap di isi borang pendaftaran tersebut, saya ke kaunter ini semula untuk semakan semula kepada pegawai bertugas untuk mengesahkan saya tidak membuat sebarang kesilapan pada borang. Kemudian saya di arahkan beratur untuk penyerahan borang di kaunter serahan.

Kaunter serahan
Pegawai bertugas meneliti borang dan membetulkan nama jenis perniagaan sebab setiap nama ada kod tersendiri yang beliau akan isikan. beliau meminta IC atau Mykad, kemudian wang pendaftaran. Selesai sahaja pegawai tersebut memberi tempoh sejam untuk berada di sini untuk panggilan penerimaan sijil perniagaan kerana proses pendaftaran sudah selesai sepenuhnya apabila sudah menerima sijil pendaftaran perniagaan dan dokumen lain yang berkaitan.

Ada banyak sebab kita kena daftar perniagaan. Antaranya...
  • Jika kita berurusan atas nama perniagaan, ia sudah jadi wajib untuk pendaftaran perniagaan.
  • Memberikan keyakinan dan kepercayaan pelanggan.
  • Menambahkan kredibiliti terhadap diri dan perniagaan
  • Tidak berasa ragu dan bimbang untuk berniaga.
  • Membolehkan jenama lebih berkembang
  • Banyak lagi la faedahnya...

Ok selesai! Itu je.. Yeay..! Lega rasanya bila sudah ada perniagaan baharu. Rasa bangga pulak. Saya pun balik dengan memulakan perniagaan baharu..

Itu je la.. Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...