Menjual Tanpa Produk Sendiri

Bismillah,

Kalau di internet ni ada dua produk yang anda boleh jual walau ia bukan milik anda. Anda tidak perlu susah-susah simpan stok barangan, tidak perlu risau produk rosak dalam simpanan anda, tidak perlu risau bagi memikirkan penghantaran produk, tidak perlu risau untuk memikirkan bagaimana nak memperolehi produk sendiri dan banyak lagi.

Banyak kaedah yang membolehkan kita menjana pendapatan tanpa produk. Selain pengiklanan, kita ada produk dropship yang memberi perkhidmatan dan jualan untuk produk-produk fizikal manakala program affiliate adalah untuk jualan produk yang kebanyakkannya lebih popular untuk produk berbentuk digital. Kiranya kita ni dapat jana pendapatan atau memperolehi komisen hasil jualan menjadi ejen la...

Baiklah, saya kupas berkenaan perniagaan dropship dahulu.

Apa itu dropship
Contoh syarikat / laman web Droship


Apa itu dropship? Secara ringkasnya dropship adalah sebuah perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan mereka melalui ejen. Contohnya mengikut turutan (proses jualan dropship) : 
  1. Ejen jualan mempromosi/menjual 
  2. Pelanggan membuat pesanan dan pembayaran kepada ejen jualan. 
  3. Ejen jualan menghubungi syarikat dropship 
  4. Syarikat dropship menguruskan pesanan juga penghantaran kepada pelanggan tersebut. 

Ada juga syarikat dropship ini menyediakan kedai online bagi ahlinya. Biasanya ejen perlu mendaftar dan membayar yuran dengan jumlah atau pakej tertentu. Ada beberapa sebab kenapa kita perlu menjadi ahli dan membayar yuran pendaftaran. Antaranya adalah untuk fokus kepada ahli yang benar-benar berminat dan mempunyai komitmen yang tinggi selain untuk mengelak sebarang penipuan seperti pesanan palsu dan sebagainya. 

Contoh syarikat atau laman web dropship adalah seperti Muslim Niaga

Program Affiliate

Program affiliate tu apa? Kepada yang masih baru dalam dunia bisnes internet, secara ringkasnya affiliate ialah program yang memberikan komisen apabila kita telah mendapat jualan atau mendapatkan prospek. Kita mendaftar kepada web jualan yang menawarkan affiliate dan akan mendapat link ejen (affiliate). Dengan mempromosi link dan pihak penyedia affiliate mendapat jualan hasil dari link kita, maka kita akan mendapat komisen. Nilai komisen bergantung kepada pemilik laman web affiliate tersebut. 

Ada juga tawaran bayaran untuk mereka yang berjaya mengumpulkan prospek untuk laman web affiliate tersebut. Pendaftaran ejen affiliate biasanya percuma sahaja. Jika mereka perlukan bayaran pendaftaran, bimbang ia bukan program affiliate sebenar tetapi mungkin perniagaan spillover, downline dan seumpama dengannya.

Cara terbaik mempromosi pautan affiliate kita adalah melalui laman web kita sendiri. Saya ada menawarkan jualan e-book bagi tutorial membina website (minisite) DI SINI.

Berikut adalah contoh laman web penyedia affiliate. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah klik DI SINI.

Itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi yo..!

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


1 ulasan:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...