Idea dari Teknik Mula Bisnes

Bismillah

Ramai orang gagal kerana tidak tahu teknik berniaga. Cukup kalau saya bercakap untuk perniagaan online dan memberitahu beberapa medium di internet sahaja.

Jika kita mahu jana pendapatan melalui blog, kena belajar berkenaan blog dan mendapatkan teknik menjana pendapatan melaluinya. Jika kita suka untuk bersosial dan berniaga di facebook kena tahu juga cara paling menguntungkan buat duit di facebook. Kalau banyak idea dan tahu menggunakan video, Youtube adalah medium paling popular untuk buat duit melalui rakaman video dan kena tahu tekniknya juga. Kalau kita pakar dalam sesuatu bidang dan ingin membantu orang lain sekali dengan itu menjana wang dengan forum, kita juga masih perlukan tekniknya.

Semuanya perlukan teknik, barulah masa dan wang tidak membazir begitu sahaja malah kita dapat menjana pendapatan dengan hasil yang terbaik.


Biasanya ramai orang berniaga di internet dan menganggap semua produk yang dijual akan laku di internet. Kita sebenarnya membuat kesilapan besar kerana tidak mengikuti trend semasa bagi sesetengah tempat, masa yang sesuai untuk berniaga sesuatu produk dan tidak membuat kajian pasaran terlebih dahulu.

Jika sesuatu produk itu belum dikenali orang ramai dan masih baru lagi, ia akan mengambil masa yang lama hingga kita dapat menjualnya. Biasanya kita memerlukan modal yang besar bagi mempromosikannya dan selepas itu baru kita akan jana pendapatan dengannya. Tetapi berbeza jika modal kita kecil. Mereka yang modalnya kecil perlu tahu teknik terbaik agar wang yang ada tidak disia-siakan dan menghasilkan pulangan yang sangat berbaloi.

Baiklah, saya akan kupas satu idea. 

Idea yang pertama yang kita perlu dapatkan adalah idea mencari produk yang di cari orang. Cari produk yang terhangat dipasaran seperti di Ebay Pulse, Lelong (Hot Bids), Google Trend, Yahoo Buzz, Google Keyword Planner, Amazon Best Sellers dan banyak lagi sebenarnya.

Ini adalah idea untuk anda memilih dan mencari produk yang bagus untuk memulakan jualan menerusi pencarian dari laman-laman di atas dan lihat berapa banyak bidaan atau 'View' sesuatu produk. Selepas itu bolehlah tinjau laman web alibaba.com untuk mencari pembekal/pemborong produk tersebut dan jika mahukan kepastian, tanyakan pembekal tersebut produk mereka yang paling hangat di pasaran.

Ok itu je untuk kali ni.. Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


2 ulasan:

  1. Banyak info dan input menarik dalam post ni. pada mereka yang nak ceburkan diri dalam perniagaan internet , baca lah post ni. sangat bermanfaat.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Top Niaga atas ulasan membina.

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...