AJD - Asal Jadi Duit

Bismillah,

Di tempat saya di Kluang Johor masih lagi hujan. Dibeberapa tempat dah pun banjir. Alhamdulillah, rumah saya di atas bukit, jadi masih lagi bertahan di rumah sendiri.

Ok, sebenarnya entri hari ni masih lagi berkaitan dengan 'Jualan Ikut Musim', tapi kali ni bukan jualan atas faktor cuaca tetapi lebih kepada peluang untuk berniaga.

Cecair pencuci dari kilang

Ada di antara kita yang mengambil peluang untuk berniaga apa sahaja. Yang banyak saya lihat status adalah di facebook. Kejap dia ni meniaga produk ni, lepas tu produk lain pula. Tiada niche tetap bagi mereka. Apa yang boleh jadi duit, mereka sapu je.. Biasanya mereka promosi main bedal semacam. Tag sana tag sini samada tahu atau tidak teknik berniaga, Aiman tak kisah... Kekadang tepat kena sasaran mereka -'Prospek akan jadi Pelanggan', jadi mereka tetap buat duit. "Peduli apa sama orang, yang penting aku dapat duit.."

Kapal terbang kawalan jauh guna bateri

Mereka ini bijak mengambil peluang. Ada sahaja info yang mereka dapat dan mereka juga berusaha mencari info. Mereka tidak risau produk apa yang akan dijual untuk jadi produk jenama untuk bisnes mereka. Bagi pengeluar produk, seperti pengilang atau pemborong, peniaga macam ni yang akan dicari. Atas banyak faktor yang akan menambah keuntungan atau mahu mengelakkan lebihan produk tidak terjual atau banyak sebab lain. Jadi, oleh sebab itu peniaga bermusim jenis ni sekarang dah tak risau bagi menambah pendapatan mereka.

Peniaga seperti ini akan terus buat duit bermula dari langkah pertama. Sebab langkah pertama adalah pengenalan dan berkenalan samada dengan prospek atau pengeluar produk. Bila sudah kenal dan menampakkan potensi, mereka akan ada rakan perniagaan yang sama cara berniaga dan bertukar-tukar info untuk berniaga produk lain pula. Kadang-kadang mereka tidak perlu untuk beli stok dan simpan. Mereka seperti ejen yang akan dapat komisen hasil dari promosi mereka. Jika ada pelanggan yang mahukan produk tersebut, hanya telefon pemborong, kemudian produk tersebut akan sampai kepada pembeli. Seperti kaedah perniagaan dropship.

Sekarang ni harga barangan sudah naik bermula dari harga minyak yang naik. Masa entri ini ditulis, saya tidak tahu samada tarif elektrik telah naik atau belum. Keadaan kita sekarang banyak yang mendesak dan ada yang tersedak. Kreatifkan cara kita bagaimana kita dapat menambahkan pendapatan untuk keluarga dan simpanan hari tua. Apa sahaja pilihan anda... Mana yang masih bekerja itu buatlah pendapatan sampingan iaitu dengan berniaga.

Itu sahaja untuk hari ni... Cuma saya ada sedikit pesanan sesama kita. 

Di musim banjir ni, buatlah persiapan yang cukup, sentiasa berpesan sesama sendiri dan ahli keluarga agar tidak pergi ke tempat seperti perkelahan, sungai, parit dan sebagainya demi keselamatan orang yang tersayang. 

Jumpa lagi... Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...