Database Perniagaan Konvensional

Bismillah...

Seperti yang dijanjikan, entri yang lepas saya ada menyentuh berkaitan database bagi perniagaan online iaitu penggunaan autoresponder. Pada kali ini saya akan memberikan beberapa info dan tips berkenaan database bagi prospek perniagaan konvensional.

ETSI SMS Blast Malaysia

Database simpanan data prospek adalah penting, sangat penting bagi tujuan pemasaran yang membuahkan hasil kaw-kaw punya seperti semut menghurungi gula. Database perniagaan konvensional yang saya maksudkan adalah SMS Blaster. Seperti autoresponder, SMS Blaster hanyalah nama atau istilah umum yang tujuannya sama dengan penggunaan autoresponder, tetapi terdapat beberapa perbezaan yang akan saya senaraikan di bawah...

Autoresponder

  1. Penggunaan : Internet dan Komputer
  2. Database : Komputer/Internet
  3. Penggunaan ayat : Tanpa had
  4. Teknik mendapatkan propek : Tarikan melalui Opt-in, Squeze Page dengan tawaran menarik seperti e-book percuma dll.
  5. Idea pujukan : Tawaran produk backend, Affiliates, info terbaru bisnes dll.
SMS Blast

  1. Penggunaan : Offline dan Handphone
  2. Database : Komputer/Internet
  3. Penggunaan ayat : Terhad
  4. Teknik mendapatkan propek : Penyediaan borang peraduan, pendaftaran semasa pembayaran untuk pembelian atau servis dll.
  5. Idea pujukan : Ucapan Selamat Hari Lahir, Peraduan, Tawaran Harga Diskaun, dll.

Ok, itu antara perbezaan diantara keduanya. Yang lain kebanyakkannya adalah sama kerana tujuannya adalah sama. Sesiapa yang pernah menggunakan autoresponder tiada masalah menggunakan SMS Blaster ni begitu juga siapa yang pernah menggunakan SMS Blaster tidak akan kekok menggunakan Autoresponder.

Ada yang mengambil upah memberi servis untuk membuat blast. Kerana tidak semua orang tahu menggunakan servis ini atau mereka terlalu sibuk untuk belajar menguruskannya. Yang bagusnya idea ini, prospek pelanggan akan kita perolehi dengan mudah melalui servis yang kita tawarkan ini. 

Saya pernah menggunakan sistem ETSI seperti gambar di atas. Ia adalah SMS Blast yang pernah saya belajar ketika menguruskan bisnes SOHO saya. Walaupun bagi sebilangan orang melihat penggunaan teknik ini adalah mahal (Selain sewaan ruangan database mengikut pakej, ia akan dikira juga bilangan blast kepada setiap prospek sama harga seperti kiriman SMS), tetapi ia adalah sangat menguntungkan jika kita tahu teknik serta idea penggunaannya.

Jutawan Dr. Azizan Osman
Kredit : SMSBlast2U

Ok, sampai di sini dahulu perkongsian kita. Saya akan cuba beri tips di hairizal.com ini setiap Isnin dan Jumaat. Manakala pada hari Rabu saya akan menulis tips di j-reka.com.

Adios!



Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...