Perancangan Teliti

Bismillah,

Hari ini, selepas solat jumaat saya akan ke Kuala Lumpur. Dari Johor ke KL perjalanan agak jauh juga, jadi persiapan dan kenderaan haruslah diperiksa dengan teliti. Kenderaan saya akan pastikan berada dalam keadaan yang baik seperti keadaan tayar dan angin perlu diperiksa, seperti minyak enjin, air radiator termasuklah minyak petrol... Oh! 

Sebab apa, saya lihat ada juga mereka yang tidak perhatikan minyak petrol sehingga tiba-tiba kenderaan mati tengah jalan... Huhu.. Haru terutama di atas lebuhraya yang mana stesen minyak masih lagi jauh. Saya pesan dan ingatkan bukan sahaja kepada anda tetapi buat saya juga.
Dalam bisnes begitu juga. Ingat, tidak perlu sempurna untuk menjalankan bisnes, tetapi perlu pastikan persiapan yang kita dah buat tu tidak ada masalah. Jika mereka yang membuat laman web, pastikan link yang disediakan mesti berfungsi seperti yang sepatutnya. Ruang pembayaran tidak menyukarkan pembeli. Sebab baru-baru ini bila saya melawat sebuah laman web, ruang pembayaran adalah sukar, tiada kemudahan dan harga tersembunyi.

Harga mestilah jelas. Melainkan contohnya jika servis atau produk tersebut bukan produk utama atau yang terbuka untuk tawaran harga mungkin boleh lah disembunyikan. Kadangkala isu harga ini sensitif dalam beberapa keadaan.

Ok tinggalkan dahulu perbincangan meletakkan harga ni. Kita sebenarnya perlukan perancangan yang teliti. Semua berada dalam keadaan siap dan bersedia. Jadi perkara itu akan membuatkan perancangan selanjutnya akan lebih mudah. Contoh, kita adakan program affiliate dengan menjemput sahabat JV (Joint Venture). 

Jika kita tidak rancang dan atur dengan baik seperti menyediakan kemudahan rujukan kepada sahabat JV, keyakinan dari sahabat JV akan berkurangan. Rumusannya, tidak perlu tunggu sempurna bagi menjalankan bisnes tetapi kita perlukan perancangan dan fungsi yang ada berjalan dengan keadaan yang baik dan sempurna.

Ok, saya dah nak gerak ni.. Adios! 



Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.


0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...