Mengunci Jualan – Muktamadkan Waktu

Tutup jualan

Kalau di translate perkataan Sale Closing tu kira maknanya Tutup Jualan lah yea..? Hehehe.. Tutup jualan bukan bererti kita berhenti dari menjual begitu sahaja. Tutup jualan adalah satu cara memuktamadkan urusan jual beli dengan hasil yang menguntungkan. Ia sebenarnya dipanggil mengunci jualan. Ada urusan akan membawa kepada kegagalan. Tetapi saya tidak akan menghuraikan berkenaan mengunci jualan secara khusus. Saya akan membicarakan berkenaan keupayaan kita memuktamadkan peluang dari waktu yang ada bagi menghasilkan jualan.


Pasti anda pernah berurusan dengan salesman dan juga biasa membaca surat jualan. Sebenarnya tujuannya adalah sama iaitu bertugas bagi memastikan jualan terhasil cuma urusan dari segi waktu berbeza. Salesman telah sedia waktu yang diperuntukkan pada waktu itu sahaja bagi menghasilkan jualan manakala surat jualan mungkin akan di simpan, di baca pada bila-bila masa kerana ia boleh berada atau dibawa ke mana-mana. Kerana itu seorang jurujual perlu memuktamadkan waktu yang ada agar jualan terhasil. Jika tidak berjaya, seorang jurujual akan lebih berasa kecewa kerana bukan sahaja tidak berhasil membuat jualan tetapi waktu akan dibazirkan walhal air liur pun sudah penuh secawan kering ditekak. Itu jugalah dinamakan rezeki bermakna ia tidak berpihak pada jurujual untuk kali ini dan akan berusaha serta belajar dari kesilapan untuk berjaya lagi.

Itu salesman dan surat jualan. Tetapi bagaimana kita sebagai peniaga? Jika kita memberi waktu untuk prospek menentukan masa untuk membeli, peratusan kegagalan akan lebih tinggi kepada peniaga.

Saya berikan contoh..

Contoh 1
Katakanlah ada seorang jurujual(salesman) yang datang dari rumah ke rumah. Jika jurujual itu tidak muktamadkan jualan dengan alasan yang munasabah dan lupa memainkan psikologi dan membiarkan prospek menentukan masa, jurujual pula tidak berusaha mencari jalan memuktamadkan bukan pada waktu itu, kita akan dapat melihat peratusan bagi jurujual tersebut menghadapi kegagalan adalah sangat cerah.

Contoh 2
Jika kita seorang peniaga yang menyimpan stok jualan dari rumah, di syorkan kita sendiri menghantar produk ke tempat yang dijanjikan. Mungkin kita adalah seorang peniaga yang berurusan hanya melalui telefon tetapi elakkan dari membiarkan pelanggan terdekat lebih fleksibel menentukan masa pada bila-bila tanpa mempunyai masa muktamad untuk membeli serta mengambil sendiri produk kita. Kita ambil inisiatif sendiri dengan menghantar sendiri produk kita kepada mereka. Adakah kita boleh pasti mereka akan datang? Berkemungkinan mereka akan membatalkan pembelian. Kenapa? Ini kerana kita tidak menetapkan waktu dengan muktamad. Sebab itu saya lebih syorkan untuk menghantar terus sendiri produk kita. Jawapannya bermaksud, cara yang lebih baik adalah dengan menghantar sendiri dan bertemu bakal pembeli/pelanggan.

Contoh 3
Jika anda berurusan secara offline atau online seperti perbualan menerusi chatting online. Anda sepatutnya memanfaatkan peluang agar jualan akan terhasil pada waktu itu juga. Kalau pun pelanggan minta tangguh, cuba cari solusi pada watu yang dijanjikan akan berhasil dengan jualan. Bagi belajar memanfaatkan waktu adalah melihat fungsi surat jualan. Bacalah teknik dari pelbagai surat jualan. Ia pasti ada beberapa perkara asas seperti perkara yang membawa manfaat, menyeronokkan, membimbangkan dan jaminan bagi memastikan jualan terhasil.

Kenapa bagi jualan yang dibuat secara langsung ini perlu memanfaatkan waktu yang ada? Jawapannya mudah. Manusia mudah lupa dan yang paling penting manusia cepat berubah.

Satu pesanan. Jangan lupa jika kita tidak mendapat jualan pada waktu tersebut, berikan sesuatu yang boleh membawa ingatan kepada prospek. Contoh dengan memberikan kad bisnes, produk percuma melalui online dan sebagainya.

Jadi belajar untuk menutup jualan dari waktu yang ada dengan cara yang terbaik. Ingat tak pepatah "Waktu itu Emas!"

Adios...




Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...