GUSMA - Gabungan Usahawan SOHO Malaysia

Salam,


Saya akan memulakan semula halaman GUSMA. Berikut di bawah adalah keterangan bagi GUSMA.

GUSMA
Gabungan Usahawan SOHO Malaysia adalah halaman kumpulan yang saya cipta/tubuhkan iaitu saya sebagai admin di sini di laman sosial Facebook. <-- Klik di sini.

SOHO - Small Office Home Office
'Small Office Home Office' itu adalah maksud dari perkataan SOHO. Ia membawa maksud usahawan kecil yang mengusahakan perniagaan di rumah atau bermula dari rumah.

Tujuan
Tujuannya adalah untuk berkongsi maklumat, ilmu, kisah, pengalaman dan lain-lain; juga terbuka kepada mereka yang sudah/pernah mempunyai bisnes SOHO samada secara Offline atau Online dari mereka yang mempunyai produk atau perkhidmatan. Digalakkan juga buat mereka yang belum lagi memulakan bisnes tetapi berkeinginan membina bisnes seperti ini.

Kebenaran Promosi dan Iklan Berhemah
Pihak admin tidak membenarkan iklan secara spamming atau hard selling. Buat masa ini admin hanya akan memberikan kelonggaran untuk ahlinya membuat promosi iklan hanya pada setiap hari Ahad sahaja. Itu pun pihak admin berhak memadam status/iklan dari ahli. 

Pihak admin tidak membenarkan langsung bisnes seperti SCAMSkim Cepat Kaya dan perkara-perkara yang seumpama dengannya. Sila buat laporan kepada admin jika admin tidak perasan perkara itu untuk admin padam status dan pihak admin berhak melucutkan keahlian mereka yang tidak beretika. 

Pihak admin akan menerima tempahan meletakkan banner header jika ahli sudah mencapai 2000-3000 orang ke atas. Ini akan membuatkan iklan ahli lebih efektif. Pihak admin tidak mahu menerima banner header tetapi kemudian pengiklan akan berasa kecewa.

Apakah Hard Selling dan Soft Selling
Buatlah Soft Selling jangan Hard Selling. 

Soft Selling - Lebih membawa maksud pengiklanan jenama samada diri atau bisnes menerusi keaktifan ahli berkongsi di halaman ini. Ia lebih baik untuk jangkamasa panjang. Jika ahli aktif memberikan komentar atau berkongsi status, serta mempunyai perwatakan yang baik secara tak langsung, diminda orang lain akan melekat dengan diri/bisnes ahli tersebut. Contohnya pasti akan ada dikalangan ahli ingin lebih mengenali anda yang aktif ini dengan ingin mengambil tahu akan bisnes anda. Kalau pun mereka bukan pelanggan tapi mereka berpotensi untuk membuat rekomen kepada orang lain. 

Hard Selling - Ramai yang akan berasa kurang selesa dengan cara ini sebenarnya kerana tidak semua orang minat atau perlukan produk/servis dari ahli yang selalu membuat hard selling. Hard selling adalah promosi jangka masa pendek iaitu promosi atau pengiklanan secara terus. Kebanyakkan mereka menjalin rakan bukan kerana ingin berkongsi ilmu, pengalaman dan seumpamanya, tetapi hanya semata-mata mempromosi produk mereka sahaja. Atas sebab itu admin tidak membenarkan ahli membuat hard selling. Admin berhak memadam iklan mereka.

Apa itu SCAM dan SPAM?
Scam adalah penipuan di internet. Manakala spam adalah menawarkan, promosi atau iklan sesuatu perkara tanpa kebenaran atau perbuatan promosi tidak beretika. 

Dahulu SPAM ini banyak dilakukan di e-mel dengan mengirimkan iklan yang pemilik e-mel sendiri tidak ketahui/tidak mengenali pengirim tersebut. Kini ia juga dilakukan dilaman-laman sosial seperti facebook. Caranya adalah dengan mengirimkan iklan terus ke wall pemilik, membuat hard selling di laman kumpulan tanpa kebenaran, memasukkan iklan/link dari komentar yang tiada kaitan langsung dari tajuk perbincangan komentar atau status. Spamming ini juga pihak admin berhak untuk padam.

Etika Ahli
Ahli perlu memahami garis panduan di atas. Pihak admin berhak mengeluarkan ahli yang tidak mematuhi garis panduan dan tidak beretika. Ahli perlu menjaga berkaitan bahasa, sentimen diri ahli lain, agama, adat, bangsa dan lain yang berkenaan agar tidak mencetuskan perbalahan sesama ahli. Tujuan admin menubuhkan kumpulan ini adalah untuk kita mengenali, bergembira dan dapat berkongsi ilmu atau pengalaman ahli di sini. Admin langsung tidak berniat mahu menyulitkan lagi keadaan atau menyusahkan kerana garis panduan di atas sebenarnya adalah mudah dan bertujuan baik. 

Semoga kita lebih mengenali, bergembira selain dapat berbisnes dengan lebih beretika di sini.

Setakat itu sahaja dahulu untuk tatapan blog ini. Adios!

2 ulasan:

  1. Mohon pertanyaan. Gusma ni akan di buat di sini atau di website khas?

    BalasPadam
  2. Seperti yang telah dinyatakan, ia telah dibuat di facebook. Di sini linknya.. https://www.facebook.com/groups/gusma

    BalasPadam

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...