Buat aje..!

Salam akhir Ramadan,

Ramadan dah nak sampai ke penghujung. Ketika saya menaip ni tinggal lagi dua hari sahaja lagi nak raya. Adoiiyaii.. Tinggal lagi dua hari jugalah dapat manfaatkan peluang mengumpulkan sebanyak pahala dalam beribadah.

Sepanjang ramadan kali ni beberapa kerja telah dilakukan dan dapat ilmu serta pengalaman ke atas beberapa perkara baru yang dicuba dan berjaya dilaksanakan. Dalam pengurusan web dan blog, saya telah menulis di j-reka.com manakala j-pakai adalah shopping-cart pertama dari saya yang menggunakan platfom blogspot.



Ok, kali ni kita mulakan dengan topik 'Buat aje..!'. Buat je apa?

Kadang-kadang kita pernah dengar atau terbaca berkenaan sifu-sifu bisnes menasihatkan kalau nak buat bisnes, kita seharusnya membuatnya kerana minat atau kecenderungan. Tetapi yang menjadi masalah sekarang ada di antara kita telah patuhi nasihat untuk menjadi seorang usahawan berdasarkan minat tapi tak berjaya juga. Sebenarnya ada banyak sebab kita tak boleh berjaya atas apa yang kita minat. Mungkin silap dimana-mana boleh kita cari dan perbaiki. Tapi mungkin ada beberapa perkara lagi yang kita tidak mampu laksanakan dahulu buat masa ini yang menghadkan kejayaan kita. Bagi yang dah buat tapi tak berjaya juga, begini...

Apa kata kita buat aje apa yang kita boleh buat depan mata dahulu. Ye, usaha dan tindakan disamping beberapa strategi. Yang penting kena buat dulu. Maksudnya, kita mungkin belum berjaya(jangan kata tidak berjaya) dalam apa yang kita minat. Tapi kita sudah terbayang idea atau peluang depan mata apa yang boleh mendatangkan duit buat kita, maka terus je buat.

Banyak hikmah kalau kita berusaha dan buat perkara lain dahulu. Mungkin kita boleh kumpul ilmu bisnes, tambah ilmu lagi berkenaan apa yang kita minat, dapat informasi yang berguna untuk bidang yang kita minat, dapat kumpul wang bagi memulakan semula bisnes yang kita minat tu dan banyak perkara lain yang akan memberi pulangan buat kita dimasa akan datang. 

Inilah cadangan saya, apa kata kita buat perkara lain dahulu atau pun boleh sahaja sambil kita buat perkara yang kita minat, kita boleh tambah duit dari apa yang kita boleh buat dahulu. Bukan bermaksud kita nak ketepikan fokus, tapi mungkin inilah rezeki kita dimasa akan datang yang lebih mendatangkan hasil dan kita akan lebih suka membuatnya(bertukar jadi minatla tu..)

Jadi buat je dulu peluang yang dapat kita buat dulu ok?

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...