Teknik Jualan Di Facebook

Salam Aidilfitri buat rakan-rakan, kakak, abang juga adik-adik ku sekelian.

Saya akan beri beberapa tips ringkas berkenaan bagaimana nak menjual di laman-laman sosial seperti facebook. Tak perlulah kita nak faham lebih detail apa yang dimaksudkan SPAM, hard selling atau soft selling kerana saya pernah menghuraikannya di blog saya di sini.

penjual

Jualan di Personal Page FB


Kita mungkin berkata.. "Suka hati akulah. Ini page aku, aku nak jual apa pun, aku punya sukalah..!

Ya, terpulang. Itulah hak tuan-tuan dan puan-puan. Tapi berapa ramai yang berminat dan membeli dari kita? Dalam jangkamasa panjang berapa ramai yang masih minat bisnes kita?

Menurut sifu-sifu bisnes online, pendekatan 6:1 atau ada yang kata 7:1 atau 9:1 sehari adalah lebih baik untuk bisnes online kita, juga untuk bertahan dalam jangka masa panjang. Apa maksud 6:1, 7:1 atau 9:1? Contoh 6 bermaksud jumlah status atau pos kita di fb dalam sehari manakala 1 adalah status berkaitan bisnes kita atau promosi kita di fb dalam sehari. 

Pendekatan ini adalah supaya rakan-rakan lain selesa dengan kehadiran kita di fb. Berikan pos yang bermanfaat dan bermaklumat itu yang terbaik. Itulah teknik untuk menjual dan dalam masa yang sama, kita tidak akan 'kehilangan' rakan-rakan fb.

Jangan masukkan iklan/promosi kita dalam perbincangan rakan lain lebih-lebih lagi apabila ia tiada berkaitan langsung dengan apa yang dibincangkan.

Kalau nak juga beriklan, kita perlu bayar di fb ni. Iklan berbayar ini siapa pun tidak akan marah.


Jualan di Group FB

Di bolehkan jika ia memang grup yang disediakan khas untuk beriklan atau grup yang membenarkan iklan di jalankan.

Sebenarnya banyak lagi teknik untuk membuat jualan serta bagi meningkatkan jualan di fb. 

Berikanlah keselesaan dalam perhubungan kita pada tempat-tempatnya dan berjuallah pada masa dan tempat-tempat yang sesuai. 

Jual lah dengan berhemah bukan sahaja di jalanraya perlu berhemah, malah dimana-mana sahaja kita berada agar kita menjadi insan yang terbaik.

Jadilah Rakan a.k.a rakan@penjual bukan jadi Penjual a.k.a Salesman semata mata.

Adios~


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...