Pencerahan Rahsia Teknik Berniaga di Laman Sosial

Bismillah...

Suka facebook

Dalam pos yang lepas telah dibincangkan berkenaan teknik berjual dalam laman sosial seperti di facebook. Mungkin ada yang tertanya kenapa ada teknik 6:1, 7:1 atau 9:1? 



Sebenarnya teknik ini ada beberapa sebab antaranya...



Jual diri dulu sebelum jual produkJual diri bermaksud, kita perlu memperkenalkan diri kita dulu kepada awam/orang lain seterusnya membentuk jenama yang kukuh diingatan orang lain.

Bertindak nutral sebagai seorang rakan bukan semata-mata peniaga. Jika semata-mata menjual itu gelojoh namanya(hehe..) dan tidak akan memberi kesan baik kepada bisnes untuk jangkamasa panjang.

Berilah keselesaan kepada rakan. Bukan semua orang yang berada di facebook itu mencari peluang bisnes atau produk seperti apa produk yang anda jual. Mereka lebih cenderung untuk bersosial atau berkawan dengan berkongsi pengalaman atau apa yang berkaitan dengan diri mereka. Jadi bila anda tag mereka atau hanya mengeluarkan pos promosi bisnes anda semata-mata ia akan lebih menjauhkan rakan-rakan dari menjadi pelanggan anda kerana mereka berasa kurang selesa dengan tindakan anda.

Bagi yang serius dalam bisnes ia adalah bagi membentuk jalinan bisnes berpanjangan secara tak langsungBila tersemat kukuh nama kita di minda mereka, secara tak langsung juga boleh menjadi syor kuat promosi bualan dari mulut ke mulut rakan kepada orang lain.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang bakal kita perolehi dari teknik ini.

Untuk itu kita mesti ada semangat, konsistensi, kerajinan, berhati-hati untuk setiap tindakan dalam laman sosial dan  yang penting untuk rangkuman ke semuanya adalah tindakan kita menyerap teknik tersebut.

Apa lagi teknik yang kita boleh apliklasikan agar lebih dikenali atau di'Like'ee..? :)


Buat bisnes page atau grup sendiri.

Teknik seperti 'Like' bisnes/fanpage ini bakal memberi keyakinan dan kepercayaan awam kepada produk bisnes anda. Antara tekniknya adalah...

Contoh, jika anda ada sebuah kedai kek. Kongsikan resepi atau petua atau teknik atau apa sahaja berkenaan kek. Jangan bimbang pendekatan ini sebab ramai orang suka mendapatkan sesuatu info dengan percuma dan mengambilnya sebagai koleksi resepi tetapi tidak semestinya menjadi saingan anda sebagai peniaga, kerana penjual/pembuat kek bukan sahaja perlu mengetahui teori tetapi amali juga. Jadi jangan kedekut atau bimbang ilmu kita yang diberi itu akan jadi saingan kita. 

Kata omputih 'sharing is caring'. Teknik ini akan menaikkan kredibiliti bisnes kita. 

Bila selesai membuat pos kita berkenaan petua membuat kek (misalnya), di akhir ayat kita letaklah nama fanpage kita untuk mudah diklik dan like. Jadi itu adalah antara teknik bagi menambah like di bisnes/fanpage kita.

Sebenarnya kita perlu banyak berusaha dan bersemangat sebelum menempah kejayaan berpanjangan. Jika kita lebih kreatif bagi menarik jualan, ia akan lebih berjaya. Ingat, bukan senang nak senang...

Adios...


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...