Kita Melayu Sampah?!!

Salam lebaran ke-18 Syawal,

Tajuk di atas memang mengejutkan bukan? Saya perlu mengupas dengan segera atas pertanyaan dari tajuk di atas.

Demam pilihanraya 2013 atau PRU 13 mungkin sudah beransur reda sekarang ni. Tetapi tajuk di atas masih lagi berlegar di benak saya hingga kini. Saya tidak taksub ke atas mana-mana parti. Ada rakan-rakan baik saya dari kalangan orang kanan dan penyokong kuat Barisan Nasional begitu juga dari kalangan pembangkang. Saya menghormati pilihan mereka. Masing-masing ada hujah kuat bagi mendokong apa yang mereka yakin serta percaya dengan parti pilihan masing-masing. Bak kata kawan saya dulu, "Dia ni kalau direndam dalam air berapa lama dan timbul semula tetap dengan pendirian dia sendiri takkan berubah..!" Apa yang penting, mereka tetap kawan baik saya.


Di tempat saya, DAP menang di bahagian DUN dan Parlimen. Pada waktu kempen sebelum pilihanraya saya terdengar luahan dari rakan BN yang berkempen di mana ketika mengedarkan risalah kempen ada dikalangan bangsa cina yang menggelarkan mereka "melayu sampah". Tak kiralah niat beliau adalah khusus atau secara umum. Ini semuanya bermula ketika hari-hari kempen sebelum bermulanya pembuangan undi di tempat saya. Apa yang paling penting, saya belum pernah dengar orang melayu sendiri menyentuh isu agama kaum lain. Kita juga janganlah membakar api perkauman lebih-lebih lagi sensitiviti agama yang di anuti kaum lain. Kita sangat menghormati dan tidak mahu menyentuh hal berkaitan kaum dan agama.

Siapa yang tak marah atau geram bila diperkatakan begitu. Sebagai orang melayu dan beragama islam, isu ini sangat sensitif. Kita mesti sabar dan jadikannya lemparan itu dengan positif dengan mengambil cabaran bagi kebangkitan ini. Cuma kita perlu membuktikan lagi kepada kaum lain, bahawa kita bukanlah kaum yang lemah. Kita adalah majoriti dan jangan sampai dianggap lemah oleh kaum lain mahupun bangsa lain di dunia ini. Datuk moyang kita dihormati dan disegani di dunia sejak dari dulu lagi. 

Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang dan memberi pelbagai bentuk sokongan kepada bangsa melayu bagi bersaing dengan kaum lain, tetapi janganlah kerana ini kita menjadi bertambah lemah terutama dalam bidang ekonomi. Dan masih ramai dikalangan orang melayu yang tidak menyambar peluang yang tersedia kerana berasa berada dalam zon 'selesa' kehidupan yang dinikmati kini, tetapi sepatutnya kita sudah lebih berjaya dalam bidang masing-masing. Saya rasa atas sebab itu kita masih dianggap lemah dan tidak berguna macam... Saya tidak mahu sebut perkataan itu dan kita harus perlu bangkit. 

Tak kisahlah jika ramai pesaing bisnes saya nanti sebab saya sangat yakin dan percaya Allah SWT sangat besar limpah kurnia rezeki yang akan diberikan kepada hambaNya. Jangan bimbang, rezeki masing-masing. Yang penting jika kita mahu berusaha walau ramai dan banyak mana pesaing dan persaingan kita, rezeki tu tetap ada...

Jadi, kuatkanlah diri kita dengan agama, akhlak dan ekonomi iaitu dengan bersungguh-sungguh dalam kerjaya dan bisnes dengan perancangan yang bijak. Bagi yang buat bisnes tu mana tahu suatu hari nanti ada nama melayu dan islam timbul di antara 10 orang terkaya di dunia...

p/s : Kajilah sejarah dan ambil semula kegemilangan kerana dizaman kegelapan negara barat dahulu, orang islam adalah orang yang paling maju pada zaman itu.

Adios!


Nama saya Hairizal Hamidon. Saya memulakan perniagaan berdaftar sejak tahun 2007. Ilmu saya perolehi dari pengalaman juga dari sifu-sifu perniagaan konvensional dan internet. Kini saya lebih cenderung kepada pemasaran bisnes internet dan memberikan bimbingan peribadi yang saya namakan 'MEKANIK BISNES INTERNET'.

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...