Windows 8 vs UBUNTU 12.04 LTS

Salam ceria buat anda,


Pada 10 hb Mac lepas adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya. Pada hari tu juga kami sekeluarga ke Batu Pahat di rumah makcik untuk mengambil handphone ibu yang tertinggal sebelum ni. Kami belanja ibu makan nasi ayam di restoran Ayam Mas yang berada di dalam BP Mall. Selesai je makan, solat kemudian saya ke kedai komputer dan membeli sebuah laptop baru kerana laptop lama tu dah rosak. Dapatlah OS Windows 8 yang genuine. Kini saya sudah ada dan pakai 3 OS berbeza. Windows 8 untuk laptop baru, Ubuntu 12.04 LTS untuk desktop PC saya manakala Android untuk tablet saya. 

Godeh-godeh je lah laptop baru ni dan masukkan perisian-perisian penting. Taknak komen apa pasal Windows 8 ni sebab masih baru. Memang ada perbezaan dengan abangnya Windows 7. Walau bagaimanapun sejak saya guna Ubuntu, saya lebih sukakannya sebab sifatnya yang ringan dan laju. Virus? Kerisauan saya kurang berbanding bila gunakan Windows. Kelebihan yang lain saya perasan kat Ubuntu ni kita tak perlu CD installer untuk printer dan scanner. Mungkin juga gadget-gadget tambahan lain untuk komputer juga tidak memerlukan installer kerana Ubuntu akan kesan gajet tambahan yang digunakan.

Cuma bagi kaki gamers belum ada banyak games yang mempunyai grafik yang terkini. Mungkin perlu bersabar menantikan pembuat-pembuat games hebat untuk Ubuntu. Saya dah tak risau jika Windows mengalami kegagalan sebab Ubuntu ni boleh dapat percuma je. Susah guna Ubuntu? Saya soal balik kepada anda. Masa mula-mula guna komputer tu susah tak?(dah pasti guna Windows) Kena ambil masa sikit (tak lama) baru faham fungsinya. Tak susah sebenarnya sebab fungsinya hampir sama sahaja. Lama-lama nanti anda biasa guna kalau nak guna Ubuntu atau produk OS lain dari Linux. Ia sebagai alternatif kepada anda yang tak mahu guna barang 'pirate'. 

*Artikel berkenaan bisnes saya postpone sementara sebab saya masih nak godeh laptop baru ni. Hari isnin adalah jadual saya menulis di blog ini tapi line internet pula slow sangat macam siput khinzir. Ni pun saya terpaksa gunakan offline blog editor dari Zoundry Raven. Ok sehingga berjumpa di lain siaran ye.. Cewahh macam kat TV la pulak.. 

Untuk dapatkan Ubuntu klik sini -- www.ubuntu.com

Adios!
  

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...