Bangsa Melayu.. Jom kita bersatu

Salam dan selamat memulakan hari anda...

Beberapa minggu yang lepas masyarakat cina telah menyambut Tahun Baru Cina. Selang beberapa hari pada tahun baru cina tersebut saya mencadangkan kepada ibu saya supaya membeli pemanas air untuk bilik mandi memandangkan kebelakangan ini ibu sering mandi pada waktu malam. Saya tak biasa membeli peralatan eletrik di pasaraya dan mahu mencari dikedai-kedai eletrik. Pusing satu bandar takde satu kedai pun yang beroperasi walaupun selepas 3 hari perayaan. 

Di tempat saya(mungkin di kebanyakkan tempat juga kot) kebanyakkan kedai eletrik dimiliki oleh bangsa cina. Ada pulak yang menampalkan notis tutup 7 ke 10 hari. Jadi, apa nak buat? Terpaksa tunggulah. Orang-orang melayu, lihatlah bagaimana kuasa ini berlaku dan kita terpaksa akur. Kuasa ini bersatu di bawah satu persatuan yang kuat, membentuk monopoli yang sukar disaingi. Mereka saling bantu membantu dan pelbagai lagi bentuk faedah yang mereka perolehi. Kekayaan diraih bersama. Ada diantara mereka yang tidak berasa hairan atau gusar jika kita tak membeli dikedai mereka. 

Persoalannya kenapa kita tidak bantu membantu sesama kita (kurangla bukan takde langsung), malah saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Tak boleh cara kasar, cara halus pula, sering bercakaran, saling tuduh menuduh, jarang berlapang dada, kurang sabar dan nak cepat je dapat hasil. Ini kalau kita berniaga air jagung dan laku tak lama ada pulak yang meniaga disebelah gerai, jual air yang sama. Senang cerita apa yang agama suruh praktikkan tidak dibuat( bukan semua la, kalau terasa minta maaf. Betulla tu kot hehe..). 

Minta maaf la, saya juga orang melayu. Saya tidak mahu layu lebih-lebih lagi berada dibumi bertuah ini, negara sendiri. Baca semula apa yang saya maksudkan. Apakah pendapat saya benar? Jika sudah mula ada perubahan, alhamdulillah. Saya juga yakin ada atau akan ada perubahan dengan sikap orang kita sendiri kepada yang lebih baik. Sudah-sudahla, bersikap dan berfikir positif je lah. Janganlah berbalah.

Cari idea agar kita dapat mengimbangi permintaan pasaran yang tidak hanya dimonopoli oleh satu-satu bangsa sahaja.

Adios... 

0 Ruangan Komen:

Jom la ramai-ramai kita meriahkan dengan komen di sini...